Sila klik link bawah...

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, May 30

BANANA CHOCOLATE MUFFINS (resepi Chef Wan)

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Musim cuti sekolah dah pun bermula. Nur masih lagi banyak kerja2 sekolah yang perlu dibereskan. Minggu pertama mungkin masih di JB sebelum pulang bercuti ke kampung halaman.

Aktiviti terluang yang ada Nur pun mulalah belajar memasak.. Hobi baru setelah memiliki oven sendiri. Kali ni Nur cuba resepi muffin pula.. Teringin pula nak merasa makan muffin. Apa lagi Nur pun google la.. Terjumpa resepi ni di laman facebook Kongsi Resepi.

Cubaan pertama yang sungguh memuaskan hati.. Projek seterusnya Nur bercadang nak memasak kek marble.. Kita tunggu je hasilnya nanti ye...

Cubaan membakar muffin.. Memang moist dan gebu..
Ada sesiapa teringin ke?? Nur kongsi resepinya di bawah...


Hidangan muffin sebagai menu sarapan di hari minggu bersama suami tersayang..


 Puas makan.. Yummy... :)

Ni resepinya...


BANANA CHOCOLATE MUFFINS (resepi Chef Wan)

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega >> Nur guna brand Farmcow
1 cawan gula perang >> (kalau guna 3/4 cawan pun ok untuk mereka yang tidak kuat manis)
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek >> Nur guna pisang berangan yang masak ranum
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna >> Nur guna tepung jenama Blue Key
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips >> Nur guna brand Hershey's

pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin. Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang dipotong bulat dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit. >> (Nur potong pisang sesuka hati je untuk hiasan dan bakar lama sikit 30 minit).

Resepi ini dikongsi oleh Puan Zuryanty dari facebook Kongsi Resepi. Klik di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...