Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Saturday, October 14
Saturday, March 15
Sunday, March 2
Apam Aiskrim
Apam aiskrim ini merupakan pemberian rakan sejawat.. First time makan.. sekejap je dah habis, mungkin sebab saiznya yang cute sangat... :)
Thursday, August 1
Aiskrim dan Burger
Entri hari ni cuma edisi mencuci mata..
Harap maaf andai kalian baca entri di waktu siang hari...
Aneka pilihan aiskrim..
Aiskrim yang jadi pilihanku
Ini aiskrim 3 perisa...
Makanan segera pun jadi pilihan..
Gebu sangat burger ni..
Semua makanan ni dibeli waktu di Mekah..
Wednesday, July 3
Friday, June 21
ABC Special dan Lamb Chop Sedap di JB
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 blogger semua? Nur harap semuanya sihat. Lama benar ku tidak menaip entri.. Biasalah mood mengarang pun ada pasang surutnya.. Pagi tadi berlangsungnya hari terbuka di sekolah. Syukur Alhamdulillah seramai 20 orang ibu bapa daripada 35 orang pelajar dalam kelasku telah meluangkan masa menghadirkan untuk melihat perkembangan anak masing-masing. Pertemuan dengan guru tingkatan dan guru subjek amat penting agar semua ibu bapa dapat berbincang permasalahan anak2 mereka sewaktu di sekolah. Setidak-tidaknya guru tingkatan berpeluang memberi komen positif untuk anak2 masing2.
Kebiasaannya anak2 zaman sekarang ini mudah terleka dan sering kali perlu dipantau dari semua segi terutama hal2 melibatkan pembelajaran seperti menyiapkan kerja2 sekolah atau kerja kursus dan kehadiran ke sekolah. Terima kasih buat semua ibu bapa yang sangat prihatin. Memang tak dinafikan ada segelintir ibu bapa sangat prihatin dan bertanya semua perkara mengenai anak mereka tanpa sempat diriku berkata apa2. Mereka ingin melihat kehadiran anak2 mereka ke sekolah dan begitu positif dari segi percakapan dan meningatkan daku selaku guru tingkatan agar memaklumkan segera jika anak mereka mempunyai masalah disiplin.
Rasanya itu sahaja coretan untuk hari ni. Moga bertemu di lain entri. Terima kasih pada rakan2 yang sudi meninggalkan komen dan singgah membaca entri ini. Esok masih perlu ke sekolah untuk aktiviti Hari Koperasi. Selamat malam semua...
Gambar2 di bawah ni untuk santapan mata rakan2 semua.. Gambar ni dah lama ambil... tapi belum sempat tayang diblog.. Hmmm bilalah agaknya nak menikmati ABC special dan Lamb chop ni..
Lokasi tempat makan ni ialah di Medan Selera bersebelahan Balai Bomba Larkin (sederet dengan gerai yang menjual kacang pool Haji yang famous di JB)
Lamb chop kegemaranku..
ABC special.. Memang puas makan...
Lamb chop.. Gambar dari jarak dekat..
Hmm.. ada yang terliur ke...??
Ini pula chicken chop..
Inilah nama gerai tu... Kalau anda datang ke JB, singgah ke gerai ni ye..
Saturday, April 6
Cream Puff
Cream puff ni dibeli di Taman Mount Austin. Alamatnya seperti dalam gambar di atas.
Kegemaran Nur - cream puff durian
Ini pula perisa vanila..
Thursday, March 7
Wednesday, January 30
Makan di Secret Recipe AEON Tebrau City
Yang mana satu pilihan anda?
Minggu lepas sempat menjamu selera di Secret Recipe AEON Tebrau City.. Rambang mata nak memilih kek.. semuanya nampak sedap..
Choc Strawberry
Cappucino cheese
Choc fudge
Spring roll
Mushroom soup
Iced lemonade
Spinach Lasagne
AEON Tebrau City Shopping Centre
Sejak akhir2 ni memang buntu dan tak tahu apa nak tulis di blog.. Maaf ye pada yang sering datang.. Ada masa nanti Nur singgah semula blog kawan2.. Buku2 banyak nak kena tanda ni..
Jumpa lagi semua.. Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen..
Friday, January 25
Saturday, January 19
Wednesday, January 16
Buah-buahan Tempatan dan Kain Batik Sarawak
Penuh meja di rumah bonda minggu lepas dengan buah-buahan tempatan.
Buah jambu batu, buah dokong dan buah durian.. Semuanya sedap..
Kain batik Sarawak
Terima kasih Areef Ibn Naeem kerana memilih Nur sebagai penerima hadiah saguhati kerana menjadi peserta paling awal untuk Contest Fotografi Ceriakan Hidupmu. Ini link keputusan yang Areef dah umumkan diblognya.
Syukur Alhamdulillah, dapat juga hadiah sehelai kain batik Sarawak.

Syukur Alhamdulillah, dapat juga hadiah sehelai kain batik Sarawak.
Monday, January 7
Plaza Angsana Berwajah Baru
Plaza Angsana berwajah baru.
Ini sambungan kisah di ENTRI INI.
Datang ke Plaza Angsana hanya sekadar untuk cuci mata je sambil lunch kat sini.
Mee rebus Haji Wahid memang sangat terkenal..
Memang salah satu makanan favouriteku..
Masa kami sampai.. Plaza Angsana gelap-gelita akibat terputus bekalan elektrik.
Mujurlah sekejap..
Mode : SEDIH yang amat... :(
Kenyataan walaupun pahit, harus kutelan. Macam tak bersemangat je... Rasa down sangat...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini..
Pada rakan2 lain, moga kalian juga dapat mendoakan sama. Terima kasih banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)