Hari ni Nur dah beransur pulih dari demam, batuk & selesema. Petang nanti Nur akan pulang bercuti di kampung untuk beberapa hari. Sekejap betul masa berlalu.. cuti sekolah hanya berbaki seminggu je lagi.
Pada petang Rabu lepas Nur & suami tak lepaskan peluang menonton filem yg meletup iaitu Lagenda Budak Setan. Boleh tahan juga, ending cerita tu sedih sangat.. cuma di pertengahan jalan cerita agak mendatar. Nur puji lakonan Lisa Surihani dan Que Haidar.. memang mantap. Filem ini akan ada sambungannya... Kita kena tunggu & lihat. Sebelah malamnya pula Nur & hubby menonton filem action movie.. "The A-Team".. Memang best cerita ni. Nur bagi 5 stars.
Credit picture from http://a-team-movie-trailer.blogspot.com
Tadi Nur tergerak nak cek akaun Nuffnang, tak sangka earning dah mencecah RM9.00++.. Bagi beginner seperti Nur yg baru berjinak2 dgn Nuffnang ni tentu excited sangat.
Terima kasih pada semua yang sudi klik2 iklan Nuffnang tu.