Perjalanan nak ke The Curve dan IKEA Mutiara Damansara.
Signboard..
erk... Jemlah pulak...Maklumlah hari minggu..
Nur pergi pada hari Ahad lepas selepas majlis makan malam, ini
ENTRINYA.
Ada jualan murah sehingga 22 Julai (hari ni last day..)
Ambil troli plastik je.. Nak tahu apa yang Nur beli..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia... Ingat lagi bunga dalam entri INI. Bunga2 tu Nur beli di IKEA dan inilah hasil shopping.. Pasu kaca tu Nur beli di kedai Japan Home Centre di The Curve dengan harga RM25.
Rasa macam nak buat simple giveaway. Kiranya ini giveaway kedua la..
Nur akan beri hadiah pada mereka yang meneka jumlah harga barangan di atas (kecuali pasu bunga kaca tu) dengan tepat dan cepat.
(Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih oleh Nur)
Hanya perlu tulis di ruangan komen je.
Mudah bukan.
Tarikh tutup sehingga jam 11.59 malam ni.
Pemenang adalah berdasarkan harga paling tepat dan terpantas. Apa tunggu lagi... Tak rugi meneka, ada hadiah untuk anda.
Inilah kedai yang Nur masuk.. Barangan di kedai datang dari Jepun.
Nur beli barangan ni.. Mangkuk, cawan dan sudu makan bayi tu nak beri pada rakan baik Nur, Kak Halizah yang dah 9 tahun menanti kelahiran bayi sulung mereka. Moga dia suka dengan hadiah pemberian Nur ni.. Comel betul kartun Doraemon tu..
(Kak Halizah call Nur semalam, dia suka sangat dengan hadiah tu.. comel katanya.. Anak sulungnya tu lelaki.. jadi sesuailah dengan warna biru..)
Ini destinasi seterusnya..
Tengah sale.. Jangan risau, Nur tak beli apa pun, cuma beli barang yang perlu je..
Murah juga.. sehelai bawal 2 tone berharga RM13.
Abang sulung Nur turut turut serta dalam larian. Rajin betul dia.. Salute sangat sebab jarang ada orang yang rajin nak join acara seperti ini.
Ok, jumpa lagi semua. Hmm nak berbuka dengan menu apa ye hari ni..?
Salam Ramadhan..
Wassalam.