Sila klik link bawah...

Showing posts with label JB. Show all posts
Showing posts with label JB. Show all posts

Friday, June 21

ABC Special dan Lamb Chop Sedap di JB

 
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 blogger semua? Nur harap semuanya sihat. Lama benar ku tidak menaip entri.. Biasalah mood mengarang pun ada pasang surutnya.. Pagi tadi berlangsungnya hari terbuka di sekolah. Syukur Alhamdulillah seramai 20 orang ibu bapa daripada 35 orang pelajar dalam kelasku telah meluangkan masa menghadirkan untuk melihat perkembangan anak masing-masing. Pertemuan dengan guru tingkatan dan guru subjek amat penting agar semua ibu bapa dapat berbincang permasalahan anak2 mereka sewaktu di sekolah. Setidak-tidaknya guru tingkatan berpeluang memberi komen positif untuk anak2 masing2.
 
Kebiasaannya anak2 zaman sekarang ini mudah terleka dan sering kali perlu dipantau dari semua segi terutama hal2 melibatkan pembelajaran seperti menyiapkan kerja2 sekolah atau kerja kursus dan kehadiran ke sekolah. Terima kasih buat semua ibu bapa yang sangat prihatin. Memang tak dinafikan ada segelintir ibu bapa sangat prihatin dan bertanya semua perkara mengenai anak mereka tanpa sempat diriku berkata apa2. Mereka ingin melihat kehadiran anak2 mereka ke sekolah dan begitu positif dari segi percakapan dan meningatkan daku selaku guru tingkatan agar memaklumkan segera jika anak mereka mempunyai masalah disiplin. 
 
Rasanya itu sahaja coretan untuk hari ni. Moga bertemu di lain entri. Terima kasih pada rakan2 yang sudi meninggalkan komen dan singgah membaca entri ini. Esok masih perlu ke sekolah untuk aktiviti Hari Koperasi. Selamat malam semua...
 
 
 
Gambar2 di bawah ni untuk santapan mata rakan2 semua.. Gambar ni dah lama ambil... tapi belum sempat tayang diblog.. Hmmm bilalah agaknya nak menikmati ABC special dan Lamb chop ni..
 
Lokasi tempat makan ni ialah di Medan Selera bersebelahan Balai Bomba Larkin (sederet dengan gerai yang menjual kacang pool Haji yang famous di JB)
 
 
Lamb chop kegemaranku..
 
 
ABC special.. Memang puas makan...
 
 

Lamb chop.. Gambar dari jarak dekat..

 
Hmm.. ada yang terliur ke...??
 

 

 


 
 Ini pula chicken chop..
 


Inilah nama gerai tu... Kalau anda datang ke JB, singgah ke gerai ni ye..
Untuk makluman, entri ini tidak berbayar pun.. :)



Updated :
Mode : Happy sebab ada 3 BE tengah menari-nari di blog ni setelah sekian lama tak muncul.
TQ Nuffnang...

 
 

Wednesday, June 19

Jerebu oh Jerebu..

 

 Keadaan di pusat Bandar JB petang tadi..
 


 
 

 Bandaraya JB dilanda jerebu..
 
 
 

Warga sek dah pun gunakan "mask" termasuk diriku..
 
 
 
 
Jerebu tingkatkan serangan asma
 
 
APABILA udara diselubungi jerebu dan dipenuhi dengan bahan-bahan pencemar, sudah pasti kita semua tidak sabar-sabar untuk berada di dalam rumah. Pencemaran udara adalah suatu masalah bagi semua orang, bukan hanya untuk mereka yang mempunyai penyakit respiratori.
 
Jerebu adalah satu fenomena yang sentiasa melanda negara kita dan banyak negara jiran yang lain. Ia adalah disebabkan oleh zarah-zarah atau habuk-habuk halus yang terapung di atmosfera dalam kepekatan tinggi dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
 
Kesan jerebu terhadap kesihatan umum kanak-kanak biasanya ringan dan boleh dirawati dengan mudah. Paling teruk, ia boleh menyebabkan gejala-gejala seperti kerengsaan mata, hidung atau ruam.
 
Namun, jika anak anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu. Jika anak anda mempunyai asma, maka dia mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.

Thursday, January 10

Fiesta Get2Gather di Dataran Bandaraya Johor Bahru

 
Ini sambungan siri terakhir untuk kisah di ENTRI INI.
Pertama kali diriku menjejakkan kaki di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
 
 
 
Bikers dari negara Singapura dan Johor bertemu di Program Fiesta Get2Gather yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 30 Disember 2012 dan membantu mengumpul dana Tabung Gaza.
 
 
 
Ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
 
 
Tapak pameran dan jualan.
 
 
Comelnya patung kucing ni.
 
 
 
Seronoknya mereka bermain water ball.
 
 
Pemandangan sekitar.
 
 
 
 
 
 
 
Motosikal berkuasa tinggi.
 
 
 
 
  
 
 
Pada rakan2 blogger yang memberi kata2 semangat dalam entri sebelum ni, terima kasih diucapkan.

Monday, January 7

Plaza Angsana Berwajah Baru

 
 
Plaza Angsana berwajah baru.
 
Ini sambungan kisah di ENTRI INI.
 
 
 
 
 
 
 
 
 Datang ke Plaza Angsana hanya sekadar untuk cuci mata je sambil lunch kat sini.
Mee rebus Haji Wahid memang sangat terkenal..
Memang salah satu makanan favouriteku..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Masa kami sampai.. Plaza Angsana gelap-gelita akibat terputus bekalan elektrik.
Mujurlah sekejap..
 
 
 
 
Mode : SEDIH yang amat... :(
Kenyataan walaupun pahit, harus kutelan. Macam tak bersemangat je... Rasa down sangat...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini..
 
Pada rakan2 lain, moga kalian juga dapat mendoakan sama. Terima kasih banyak.
 
 

Wednesday, January 2

Teruskan Perjalanan ke City Square JB dan Danga Bay

 
 
Salam buat semua,
Sambungan entri 2 hari lepas, lepas bersarapan di Larkin Bomba. Nur dan adik angkat bergerak ke City Square JB. Memang selama duduk di JB jarang benar ke sini tapi sebab mengenangkan ada voucher percuma yang hanya boleh ditebus di POPULAR City Square sahaja kenalah juga Nur ke sini. Kali terakhir datang ke CS ialah pada 1 Januari tahun lepas. Masa tu banyak kedai2 ditutup untuk dibaik pulih.  Sekarang dah banyak perubahan dan banyak kedai barangan berjenama di sini.
 
 
 
Tak shopping pun... Jalan2 cuci mata..
 
 
 
 
 
 
 Kedai2 yang ada..
 
Selepas shopping di kedai buku POPULAR kami singgah di Pantai Lido. Entrinya di sini.
 
Lepas tu singgah sebentar di Danga Bay. Memang ikutkan ramai warga asing yang suka melepak di sini, mujurlah ada pegawai polis yang mengawasi kawasan sekitar, jadi kami berdua kurang bimbang.
 
Berikut adalah gambar2 yang Nur rakamkan waktu di Danga Bay.
 
 
Tenang je melihat gambar ini...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sangat suka gambar ni..
 
 
 
 
Teringin juga nak naik kapal ni..
 
 
 
Sempat juga tuan empunya kamera berposing... :)
 
 
 
 
Tengok la.. besarkan replika udang kara gergasi ni.. Daku teruja..
 
 
Replika udang ni terletak di hadapan sebuah restoren seafood. Pasal restoren tu, rakan2 boleh rujuk blog INI. Rasanya memang port bergambar untuk sesiapa yang datang sini. Jika waktu malam tentu lebih cantik.
 
 Gadis Bunga tentu terror bab2 ambil gambar waktu malam. Bilalah nak berguru dengan beliau. Gambar2 di blognya sangat cantik.
 
 
 
 
 
Oh Anis pun teruja juga.... Happy benar Anis..
 
 
Sebelum Nur terlupa, Nur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi ucapan "Selamat Tahun Baru" dan "Selamat Bertugas".  Terima kasih atas ingatan rakan2 semua. Warga pendidik macam Nur dah memulakan tugas hari ni. Jika ikut jadual hari Rabu, Nur ada 2 kelas Tingkatan 5. Pengajaran memang dah bermula walaupun pada hari pertama tapi biasalah masih ramai pelajar yang masih belum membeli buku kerja. Minggu hadapan dah tak nak dengar lagi alasan yang sama. Hari ni kiranya masih dimaafkan sebab jadual waktu baru terima.
 
Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Selamat malam semua.... Sekian wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...