Sila klik link bawah...

Showing posts with label Kluang. Show all posts
Showing posts with label Kluang. Show all posts

Sunday, August 5

Apa Yang Anda Tahu Tentang Daerah Kluang?


Persimpangan Ayer Hitam



Plaza tol Ayer Hitam


Info mengenai Daerah Kluang

Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. [SUMBER]

Keluasan kawasan Majlis Perbandaran Kluang = 12,657 hektar (126.57 km per.)
- Keluasan mengikut pecahan kawasan : Bandar Kluang, Pekan Paloh, Kahang (termasuk 40 rantai Jln Mersing), Sri Lalang (termasuk 40 rantai jalan ke Ayer Hitam)




SM Sains Johor Kluang

Terdapat 2 buah sekolah berasrama penuh di Kluang.
1) SM Sains Johor, Kluang terletak di Jalan Batu Pahat.


2) SBP yang kedua baru sahaja dibuka pada tahun lepas iaitu SM Sains Semberong.
[SUMBER]



Terdapat dua gunung iaitu Gunung Lambak dan Gunung Belumut.

Nur banyak kali menulis tentang entri ke Gunung Lambak, klik di SINI


Pasar raya Econsave Kluang dibuka pada 20 Januari 2011 terletak di Jalan Mersing. Boleh dikatakan pasar raya yang menjadi tumpuan penduduk Kluang kerana barangan yang dijual di pasaraya ini lebih murah terutama makanan dan barang keperluan harian.

 Lampu isyarat yang baru dipasang di bulatan jalan Kluang-Air Hitam masih dalam tempoh percubaan.

Pekan Rabu Kluang yang sedang dalam pembinaan. Kosnya mencecah jutaan ringgit. Kompleks tiga tingkat yang akan dibina di atas tapak tanah rizab Melayu seluas 560 hektar itu akan menempatkan kira-kira 70 unit premis perniagaan [SUMBER]

Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI



Kilang KIMBERLY-CLARK merupakan antara kilang terbesar di Asia Tenggara terletak di Jalan Mersing.
Alamat Kimberly-clark Products (M) Sdn. Bhd.
4 1/2 km, Jalan Mersing,
 P. O. Box 91,
86000 Kluang, Johor


Dataran Tasik Kluang
Nur pernah menulis entri mengenai Dataran Tasik Kluang di dalam blog ini, sila klik di SINI


[klik pada gambar peta di atas untuk melihat dengan lebih jelas]
Sumber peta

p/s : Ada tak rakan2 yang pernah datang Kluang?
Kalau ada, rakan2 bolehlah kongsi cerita di ruangan komen ye..
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...