Salam buat semua,
Kegembiraan berganda buat diriku kerana ramai dari kalangan anak didik Nur yang berjaya mendapat kejayaan cemerlang dalam subjek yang Nur ajar iaitu Sains SPM. Tahniah diucapkan buat semua pelajar yg lulus dalam subjek Sains utk Peperiksaan SPM 2010 dengan mencatat peratus lulus sebanyak 89.7% (naik 1.3% berbanding tahun lepas) dengan GPS 5.21.
Syukur Alhamdulillah.. Tahun 2010 mencatat kejayaan membanggakan apabila 33 orang pelajar mendapat Gred A utk Subjek Sains berbanding 6 orang sahaja pada tahun lepas. 24 daripadanya 33 orang pelajar yang cemerlang ini adalah anak didik dari kelas yang Nur ajar manakala 9 orang lagi daripada kelas rakan sejawat, Cikgu Tan Seoah Chee. Pada tahun lepas, hanya Nur seorang yang mengajar pelajar Sains SPM, tapi tahun 2010 Nur dibantu dengan seorang lagi guru yang sangat berdedikasi iaitu Pn Tan Seoah Chee.
5 orang telahpun memecahkan rekod sekolah kerana berjaya mendapat gred A+ dalam subjek Sains SPM 2010. Mereka ialah Rahman, Mary Megala & Leow Xu Qi-5UKM, Julia Atika-5UIA, Lim Haw Ching-5UPM.
"Tahniah buat anda berlima, cikgu sangat bangga dengan kejayaan anda.."
Nasihat buat semua bekas pelajar Tingkatan 5 2010, teruskan kecemerlangan anda dan pada yg mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan diharap anda semua tidak berputus asa. Pada calon SPM 2011, contohilah kejayaan yang membanggakan oleh abang2 dan kakak2 anda pada tahun ini.
Terharu sangat apabila ramai di kalangan bekas anak didik Nur yg tak lupa untuk bertemu, bersalaman dan juga mengirimkan sms mengucapkan terima kasih pada Nur kerana telah mengajar dan membimbingnya sehingga berjaya lulus dengan cemerlang. Dan tersentuh dengan kiriman sms seorang pelajar walaupun hanya lulus cukup makan (gred E), tapi masih juga mengirimkan sms ucapan terima kasih pada Nur. Sangat terharu...
Tanggungjawab yang digalas semakin besar untuk kami warga pendidik untuk mengekalkan prestasi cemerlang ini. Semua kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan daripada semua pihak sama ada di kalangan guru dan pelajar2 juga.
Nur sangat bersyukur dengan rahmat kurniaan Allah dan semoga Allah menggandakan kegembiraan Nur ini pada masa yang akan datang.
p/s: Semalam Nur dapat tidur dengan lenanya.. Buat rakan2 blogger yang bergelar pendidik, tahniah di atas pengorbanan dan jasa yg telah anda curahkan. Tiada hadiah yg lebih bermakna buat seorang guru melainkan melihat kejayaan anak didiknya.
Source picture : Google search
Rahman yang mendapat keputusan membanggakan.. Tahniah... Beliau mendapat 7A3B dan gred A+ untuk subjek yg Nur ajar iaitu Sains.
Lagi gambar anak didikku telah berjaya dengan cemerlang dalam subjek Sains.
Bersama pelajar2 Cina dan Melayu yang berjaya mendapat A dalam Sains.
Antara anak2 muridku yg berjaya mencapai kejayaan cemerlang.
Tahniah buat Rahman (7A3B) dan Syafirah (6A4B).. Rahman telah memecahkan rekod setelah mendapat A+ dalam subjek Sains SPM.
Tahniah buat Shahida, Eyqa, Aishah dan Sharmila.. Keempat-empat bekas anak murid Nur ni mendapat gred A dalam subjek Sains.
Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang dan mendapat straight A's.
Suasana di sekitar sekolah ketika keputusan diumumkan semalam.