Sila klik link bawah...

Showing posts with label Kad. Show all posts
Showing posts with label Kad. Show all posts

Thursday, May 16

Hadiah dan Kad Ucapan Hari Guru 2013

 
Salam buat semua.
Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Amat terharu dengan pemberian ikhlas dari anak2 didikku. Terima kasih buat semua anak murid cikgu da ex-student atas pemberian hadiah dan ucapan sama ada secara bertemu empat mata, di fb dan juga kiriman sms.
 
Cikgu hargai pemberian hadiah dari kalian semua. Sayang kamu semua!
 
Terima kasih juga buat semua guru yang pernah mendidiku. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan cikgu. Jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
 
 
Pada semua rakan blogger yang bergelar pendidik (Kak Sal, Kak Whitecappucino @ Kak Nor, Kak Zana, Kak Mulut Payau, Kak ibuintan, Kak Kartini, Kak ckLah @ Kak Ramlah, ciklaili @ Kak Laili, Kak Sonata anak kancil, Kak Normah @ klcitizen, Cikgu Naman, Kak Isza, Dahlia, Cikgu Nurin, Kak UmmiRosma (Brunei) dan lain2.. maaf jika ada yang tertinggal... )
Nur ucapkan "Selamat Hari Guru". Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.. Inshaa Allah.
 

Hadiah dari KEBIRUS
 
 
Hadiah dari anak didikku di Tingkatan 4
 
 
Brooch sebelah kiri merupakan pemberian ex-student yang belajar di Sabah dan di sebelah kanan dari anak muridku di Tingkatan 4.
 
 

Kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Satu lagi kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.
 

Kek ketiga sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Kek dari Kelab Bilik Guru sekolahku... (Nota : Ini bukan jariku... )
 
 
Hadiah buat diri sendiri.. (sempat juga menukar casing hp sempena Hari Guru.. hehe)
 
Cantik tak?
 
 

 
Opss terlupa pula.. Malam semalam, Nur telah berjaya jadi Johan Kategori Cikgu Wanita sempena Pertandingan Bowling anjuran KEBIRUS di Top Bowl Skudai Parade. Ada improvement, last year kalau tak silap cuma dapat no.3. Tapi hadiah hujung tahun baru dapat.. Aduhai lamanya nak kena tunggu...
 
Pagi tadi daku terlibat dalam pasukan bola jaring cikgu2. Kami cikgu2 berjaya kalahkan pasukan yang terdiri dari ex-student dan pelajar2 menengah atas dengan jaringan 8-0. Hebat kan.. (3 daripada mata tu Nur yang jaringkan.). Teringat zaman sekolah dulu. Mandi peluh juga tadi... :)
 
 
 
Berikut adalah antara kad ucapan Hari Guru yang ada di wall fbku...
 
 
 
 
 

 
Terima kasih juga buat semua follower yang sudi singgah dan bertandang ke blog ini.
Suka angka ni 777
 
 
 
 Beberapa entri lama di blog ini yang dapat tempias sempena Hari Guru.
 
Kad Ucapan Hari Guru - Tahun 2012
 
 


Jumlah entri pada 16 Mei 2013 berjumlh 1313 entri..


Thursday, May 17

Kad Ucapan Hari Guru












Credit picture Facebook


Berikut adalah ucapan-ucapan Hari Guru yang menyentuh hatiku...


Jadilah seorang guru yang ... 
hadirnya di TUNGGU 
hilangnya di RINDU 
ilmunya di BURU 
nasihatnya di SERU 
tingkah lakunya di TIRU 
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.... 
-Allahyarham Usman Awang 


Selamat Hari Guru.. 
Jasamu akan ku kenang hingga ke Akhirat.. 
Semoga dirimu beroleh Syurga bersamaku.. Amin. 



Guru bukan satu tapi beribu. 
Bukan sementara tapi selamanya. 
Bukan dimusuhi tapi disayangi. 
Bukan dilupai tapi diingati. 
Bukan hanya di sini tapi di mana-mana. 
Bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa....
SELAMAT HARI GURU.....(^__^)

UPDATED


ecard dari sahabat mayaku.. Niezza.
Terima kasih atas ingatan.




Kad dari Kak Ida.
Terima kasih atas ingatan dan ecard yang cantik ni. Suka sangat.



Kad dari Kak Kartini.
Tq sis.. Kad akak penuh dengan bunga ros.. :)


Kad dari Kak Ani 
Terima kasih kak atas ucapan.




Friday, December 31

Selamat Tahun Baru buat semua teman blogger dan followers Blog Cetusan Rasa..


No regret about the past...
No fear about the future...
New hopes and dreams in 2011..
Thankful to God for His blessings in 2010..
Happy New Year..



Salam buat semua,
Nur ambil kesempatan pada hari terakhir untuk tahun ni untuk mengirimkan kad buat semua teman blogger yang Nur pernah kenal di alam maya..

Antaranya Kak Sal, Kakchik, Kak Zanie, Kak Alongroz, Kak Isza, Catlina, Kak Dzana, Kak Hazlin, Cikmin, Kak Kujie, Kak Yanmie, Kak Yong, Eeda, Kak UmmiRosma, Kak Ummi Zaihadi, Cik Tom, Dahlia, Cik Dya, Kak Ina KL, Kak Hana, Ika, Kak Su, Kak Zieha, Eriey, Kak Sarah Najwan, Kak Sonata, Kak Nur Misnan, Mawar Merah, Sha @ Whitey Mommy, Nadiah Sidek, Cik Laili dan ramai lagi..(maaf jika ada yg tertinggal). Tak lupa juga buat semua follower blog Cetusan Rasa.. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sudilah kiranya menerima kad ucapan tahun baru ikhlas dari Nur.

Semoga ikatan silaturrahim yang terbina antara kita mendapat rahmat dariNya dan semoga Tahun 2011 menjadi tahun lebih baik berbanding tahun lalu.

Sekian wassalam.

Monday, October 18

Senyummm.. :)


Tuesday, December 29

New Year Card for My Cyber Friends

Glitter Text

Khas buat semua teman2 siber Nur.. antaranya Catlina, Kak Zanie, Kak Zieha, Kak Ina KL, Kak Dzana (BP), Kak AlongRoz, Kak Inahar, Kak Ummi Zaihadi (Kuantan), Kak Ummi Rosma (S'pura), Kak Sue (Mersing), Kak Ena-Zarina, Kak Ultramama, Mama Alden, Kak Tirana, Kak Sonata, Kak Ainazli, Kak Intan (Bkt. Indah), Kak Chik, Kak Eyna (Bkt Indah), Eriey, Salsuria, Kak As (Hamilton, NZ), Kak Am, Kak Siti JB, AlongArman, Eida, X-po dan ramai lagi yang tersenarai dalam bloglist Nur..

Terimalah kad sempena Tahun Baru 2010..

"Harapan Nur moga hari-hari mendatang membawa seribu makna buat kalian semua bersama insan-insan tersayang..."

Terimalah kad tanda ingatan dari Nur buat anda semua.. (ambil ye jangan malu2... :D )



Terimalah kad ikhlas dari Nur,

GlitterFly.com - Customize and Share your images


kalau nak tepek kad ni.. boleh download kod html, klik sini..

Sunday, May 10

Buat Semua Teman Siber..




Nur ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua teman siber yang telah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Sudi-sudikan ambil kad di atas dan letak kat blog teman2 ok..
" Sesungguhnya anda memang bertuah kerana diberi peluang menjadi ibu. Tahniah tak terhingga, semoga tuhan membalas jasa dan budi baik kalian kaum ibu. "

SELAMAT HARI IBU

Lagu khas untuk mu ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu



Kad dari Kak Ina KL
Thanks kak...








Saturday, April 4

Thursday, December 25

Kad Istimewa dari Kak Intan








Ni satu lagi kad istimewa yg Nur terima daripada Kak Intan. Thanks a lot sis....
Kak Intan ni rajin betul berikan hadiah buat teman2nya... Nur doakan semoga Kak Intan gembira bersama keluarga tercinta...
Moga ikatan persahabatan kita berpanjangan sampai bila-bila....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...