Salam buat semua,
Apa khabar semua? Bagaimana dengan ibadah puasa anda semua hari ini? Di kesempatan ini, Nur ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" buat semua followers dan pembaca blog Cetusan Rasa. Semoga ibadah puasa yang kita jalani akan mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.
Setelah beberapa entri pembuka cerita yang lepas iaitu di entri
INI dan
INI, Nur ingin bercerita dengan lebih lanjut tentang malam yang cukup bermakna itu. Kesibukan tugas di sekolah menyebabkan Nur agak lewat untuk menceritakan detik2 indah yang tak mungkin Nur lupakan sampai bila2. 11 orang blogger yang menerima jemputan khas pada malam itu, sememangnya sangat dihargai oleh
Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi) dan diberi layanan kelas pertama. Untuk pengetahuan semua, kesemua blogger yang hadir pada malam tersebut (
14 Julai 2012) tidak pernah bertemu antara satu sama lain dan ternyata malam itu jadi medan untuk merapatkan ukhuwah sesama kami.
Inilah
link entri Nur dalam woww 1001 giveaway anjuran Kak Ida tempoh hari yang melayakkan Nur untuk hadir pada malam tersebut. Pada asalnya penyertaan hanyalah sekadar mencuba nasib dan Nur tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk menang. Namun, syukur Alhamdulillah Nur telah terpilih dan Nur pernah menulis beberapa entri sebelum ini tentang keterujaan Nur untuk datang ke majlis tersebut (Anda boleh rujuk di entri
ENTRI
INI dan ini pula ENTRI
KAK IDA).
Sememangnya kesemua blogger yang dijemput oleh Kak Ida sangat teruja untuk
menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh
baca entri beliau di SINI.
Nur bersama Kak Ida, seorang ibu, isteri dan blogger terkenal tanah air. Teruja sangat ketika bertemu empat mata dengan beliau di Restoren Rebung pada 14 Julai yang lepas.
Apa yang menariknya mengenai GA yang dianjurkan oleh
Kak Ida pemilik blog
Koleksi 1001 Resepi dan juga
FB 1001 resepi serta penulis jemputan dalam
blog myChef ini ialah pemenang GA dijemput untuk mengambil hadiah pada satu majlis makan malam khas yang ditaja oleh pihak
myChef dan Restoren Rebung milik Dato' Chef Ismail, yang terletak di Bangsar. Secara peribadi, Nur melihat Kak Ida merupakan seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Lihat sahaja kejayaan beliau yang pernah menggondol 2 anugerah awal tahun ini. Anugerah pertama telah menobatkan beliau sebagai
"BEST F&B AWARD" di dalam
"World Blogger and Social Media Award 2012" pada 16 Mac 2012 lalu manakala anugerah kedua pula ialah merupakan pemenang
kategori fabulous Food 1Malaysia Blog ketika "
Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 (MITBCA2012)" pada 8 Mei 2012 lalu, anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.
"Tahniah buat Kak Ida!
Semoga Kak Ida terus sukses dan terus berkongsi resepi2 lazat dengan kami semua."
Itulah dia kehebatan
Kak Ida seorang suri rumahtangga yang memiliki lima orang anak yang sedang meningkat dewasa. Beliau mampu meletakkan blog beliau sebaris dengan blog2 terkenal lain di tanah air dan mampu menarik ribuan pengunjung saban hari. Nur memang kagum dengan kegigihan dan kesungguhan beliau. Minat memasak yang ada dalam dirinya dikongsi bersama pembaca
blog Koleksi 1001 resepi dan beliau bukan sahaja berkongsi resepi yang enak dan lazat, malah turut berkongsi pengalaman beliau bercuti di luar negara kepada pembaca sebagai
penambah perisa blog kesayangannya itu.
Percaya atau tidak
blog Koleksi 1001 Resepi sehingga tarikh hari ini telah mempunyai follower seramai
5000 orang blogger dan
Facebook 1001 Resepi pula telah mengumpul hampir
250 000 peminat dan
pageview blog beliau pula telah mencecah angka
4 juta.
Selaku penganjur, Kak Ida telah memilih pemenang berdasarkan entri terbaik dan menepati syarat2 yang telah ditetapkan. Sebenarnya Nur sendiri tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang blogger yang bertuah. Nur memang sangat gembira dan bagaikan tidak percaya. Syukur Alhamdulillah.
Berikut adalah link 10 lagi blogger
yang terpilih :
(Seorang yang pendiam dan berasal dari Kelantan. Beliau ditemani dengan anak lelakinya.. )
Bercerita tentang produk
myChef pula, sememangnya produk ini sangat menepati citarasa Nur kerana hasilnya amat memuaskan dan memang mendapat pujian daripada suami dan rakannya. Beberapa kotak produk pemberian myChef telah Nur agihkan juga pada rakan2 suami untuk tujuan promosi dan Nur juga akan menulis di blog dari semasa ke semasa.
Semoga
pihak myChef akan terus sukses dan meneruskan kerjasama dan hubungan baik dengan rakan2 blogger. Sememangnya kenangan malam itu amat manis dan akan terpahat dalam ingatan semua pemenang GA Kak Ida sampai bila2. Terima kasih
myChef dan terima kasih atas layanan kelas pertama oleh semua duta2 produk
myChef pada malam tersebut (kecuali Chef Liza yang tidak dapat hadir). Chef2 selebriti yang hadir sangat peramah,
sporting dan tidak lokek ilmu. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik dan jasa anda pada kami.
![]()
Produk myChef ialah makanan segera sejuk beku
ini sangat mudah untuk disediakan mendapat sentuhan chef-chef terkenal tanah air. Bezanya ialah ia boleh disediakan di rumah dan harganya sangat berpatutan dan boleh didapati pasaraya2 di seluruh negara. Pastinya tidak rugi mencuba dan sangat lazat dan kualitinya pasti terjamin kerana
produk ini melantik duta2 di kalangan chef-chef terkemuka negara. Chef2 selebriti yang terlibat dengan produk myChef ialah Dato' Chef Ismail, Chef Zam, Chef
Liza, Chef Florence Tan dan tidak ketinggalan, Dr. Chef Ezani yang baru sahaja
dinobatkan sebagai Master Chef pertama Malaysia.
Berbalik pada majlis makan malam itu, penyampaian hadiah GA Kak Ida telah ditaja bersama pihak
MyChef dan pemilik
Restoran Rebung iaitu Dato' Chef
Ismail dan rakannya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Pada yang ingin berbuka puasa di Restoren Rebung anda boleh hubungi nombor telefon di atas untuk tempahan meja.
Business card pemberian Dato' Chef Ismail.
Tak sangka pihak
myChef dan
Dato' Chef Ismail sangat bermurah hati
menaja lokasi dan makan malam pemenang semua dan juga pasangan masing2. Makanan yang dihidangkan sangat lazat dan membuka selera. Namun demikian, Nur tidak sempat untuk menjamah kesemua hidangan itu kerana terlalu leka berbual rancak dan beramah mesra dengan para blogger yang hadir.
Semua pemenang GA woww 1001 giveaway tidak pulang dengan tangan kosong. Kami semua menerima sedozen produk-produk
MyChef dan hamper sumbangan
Baba's di samping
hadiah utama sempena GA woww 1001 giveaway
tersebut. Pasangan yang hadir turut menerima 5 kotak produk
myChef sebagai hadiah iringan.
Kak Ida mempunyai cara tersendiri untuk memberikan cabutan bertuah kepada follower setia blognya. Memandangkan kesemua yang hadir mengidamkan
pie maker yang didatangkan khas dari Australia, kami semua diminta menulis nama di atas kertas kosong dan memilih 3 nombor pilihan hadiah dan kemudian kad tersebut dimasukkan ke dalam bekas cabutan bertuah. Untuk pengetahuan semua, semua hadiah diletakkan di atas sebuah meja
panjang dan dilekatkan dengan nombor.
Setelah itu, chef selebriti yang hadir dijemput untuk mencabut 2 keping kad. Mereka yang bertuah yang kadnya terpilih boleh membuat pilihan berdasarkan senarai hadiah yang ditulis di kad tadi. Namun sekiranya hadiah tersebut telah dipilih oleh pemenang GA yang terawal, maka hadiah pilihan kedua dan ketiga akan menjadi milik mereka. Unikkan.. Ini bermakna hadiah yang kami perolehi merupakan hadiah idaman kami dan bukannya ditentukan oleh Kak Ida.
Bersama Suzlin yang cantik, comel dan peramah.
Orangnya sangat pemalu namun apabila ditegur beliau sangat peramah dan sentiasa memberikan senyuman. Suka berbual dengan beliau dan bekas penuntut STF ini bakal melancarkan produk terbarunya bersama myChef.
Terlalu gembira ketika diumumkan memenangi hadiah cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Kak Ida. Kelihatan blogger Bro Framestone di belakang sedang ralit memegang gajetnya. (Beliau merupakan blogger jemputan bersama blogger Ariff Shah)
Inilah hadiah cabutan bertuah yang Nur perolehi daripada Kak Ida. Sempat juga mengabadikan kenangan bersama Chef Ezani dan Chef Florence.
Ini pula hamper rempah ratus sumbangan Baba's. Sekali dengan apron dan bekas rempah.
Ini pula sebahagian daripada sedozen produk myChef yang Nur terima daripada Chef Zam. (lihat gambar di bawah). Ini link blog myChef, klik di SINI
Menerima sedozen produk myChef dan hamper Baba's daripada Chef Zam.
Bersama beberapa orang pemenang GA yang lain bersama Ariff Shah (blogger jemputan Kak Ida).
Memori indah ini terpahat kukuh dalam ingatan kami semua.
Ini pula kerongsang daripada Kak Sariyusa yang diberi kepada semua yang pemenang yang hadir sebagai tanda persahabatan.
Inilah pemberi hadiah kerongsang di atas, Kak Sariyusa. Cantik manis orangnya dan rupa-rupanya rumah beliau sangat hampir dengan rumah Nur di JB. Tak sangka yang kami akan bertemu empat mata di KL. Kalau tak kerana majlis anjuran Kak Ida, mungkin Nur tak akan dapat berjumpa dan berkenalan dengan beliau.... :)
Apa yang pasti, ukhuwah yang terjalin sepanjang masa majlis ini tidak akan berhenti begitu sahaja kami saling bertukar nombor telefon dan mungkin akan berjumpa lagi pada masa2 yang akan datang.
Inilah entri rasmi dan Nur akan susuli dan Insya-Allah Nur akan mengarang lagi entri2 lain seperti juadah dan gambar2 selingan untuk tatapan pembaca blog Cetusan Rasa. Harap anda semua tidak jemu ye..
Credit picture : Google search
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penaja utama malam Penyampaian Hadiah GA woww 1001 giveaway iaitu Kak Ida, pihak myChef terutama En. Mohamad
Fairuz (Chief Executive
Officer of Flavor Innovation) yang turut turun padang malam itu dan beramah mesra dengan semua pemenang GA Kak Ida.
Terima kasih juga kepada
Chef Ismail, Chef Zam, Chef Florence dan Chef Ezani. (Chef Liza tidak dapat hadir). Chef2 yang hadir memberi layanan mesra dan sudi berkongsi cerita dengan kami pada malam tersebut. Tidak lupa juga buat pihak Baba's (En Navin dan Puan Wani) dan Dato' Burn (atas tajaan 2 unit pie makers yang didatangkan khas dari Australia). Menurut Kak Ida, Dato' Burn membuat perniagaan Travel Agent di Perth. Jika anda ingin berkunjung ke Perth, Australia sila hubungi beliau.
Akhir sekali, Nur ambil kesempatan ini mengucapkan
"Selamat Menjalani Ibadah Puasa" buat semua pembaca blog Cetusan Rasa yang beragama Islam. Nur memohon ampun dan maaf, seandainya Nur ada terkasar bahasa dan membuat salah dan silap sepanjang perkenalan kita secara maya.
Terimalah kad ucapan sempena Ramadhan ini khas untuk anda semua.
Terima kasih kepada rakan2 blogger dan follower yang membantu sepanjang tempoh Nur mengambil bahagian dalam
woww 1001 giveaway tempoh hari. Semoga Allah membalas budi baik anda semua. Amin.
Sekian, salam Ramadhan dari Nur.
Wassalam.
p/s : Ini antara entri terpanjang yang pernah Nur tulis sehingga ke hari ini. Selamat membaca... (",)