Sila klik link bawah...

Showing posts with label Berani. Show all posts
Showing posts with label Berani. Show all posts

Saturday, January 1

Ada sesiapa yang BERANI sahut cabaran...

Suasana di sekolah sepanjang sesi pendaftaran pelajar Ting.1 & Peralihan


Salam buat semua..
Selamat Tahun Baru 2010 buat semua..

Entri-entri Nur pada hari ni kesemuanya dibuat dalam bentuk auto-publish. Seawal jam 8.00 pagi, Nur dan rakan2 telah berada di sekolah untuk menjayakan Hari Pendaftaran Pelajar2 Tingkatan 1 dan Peralihan. Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semoga pelajar2 ni akan memulakan sesi persekolahan pada hari Isnin nanti dengan penuh keazaman.

Bercerita tentang perjalanan sesi pendaftaran, semuanya berjalan lancar. Mungkin ada beberapa kekurangan yang perlu kami beri perhatian. Namun, ada juga segelintir ibu bapa yg nampak kurang selesa kerana terpaksa menunggu giliran agak lama. Dari riak muka mereka, Nur rasa mereka tidak sabar2 untuk menyempurnakan urusan pendaftaran anak mereka dan mengharapkan semua urusan dapat dibuat untuk jangka masa yang cepat.. Dalam hal ni, pada pendapat Nur kita tidak boleh pentingkan diri sendiri. Angka giliran yg telahpun diberikan adalah berdasarkan siapa yg hadir paling awal di kaunter pendaftaran. Sedih dan agak kecewa juga bila ada segelintir ibu bapa yang tidak mengenakan pakaian yang bersesuaian untuk masuk ke perkarangan sekolah. Kami hanya mampu melihat sahaja, kalau pelajar tentu kami tidak segan silu untuk menegurnya..

Tutup cerita tentang hari pendaftaran, hari ni kita telah dikejutkan dengan berita kematian seorang artis muda yang berbakat besar, Allahyarham Faizal Yusuf. Semoga rohnya tenang di sana.. Al-Fatihah.
Peringatan untuk kita, ajal maut tidak mengira usia.. Hidup ini hanyalah sementara..

Sebelum Nur mengundur diri, Nur nak berkongsi satu entri buat sesiapa yang BERANI menyahut cabaran seorang blogger terkenal iaitu Saudara Mazidul Akmal. Terutama pada yang memiliki kamera. Anda bolehlah klik di SINI untuk makluman lanjut.

Akhir kata, semoga Tahun Baru ini bakal menjanjikan seribu kejayaan buat kita semua..

Sekian, wassalam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...