Sila klik link bawah...

Showing posts with label Balik Kg. Show all posts
Showing posts with label Balik Kg. Show all posts

Wednesday, April 3

Keletah Anak2 Saudaraku (Part 2)

 
Awat muka masam je...
 
 
Hobi baru Auni.. Hisap jari kaki.. Masa ni Auni baru bangun tidur.

 
Suka genggam tangan macam ni kalau diagah.. Macam nak wish Gong Xi Fa Chai je..
 
 
 
Kenapa la asyik ambil gambar Auni je..
 
 
 
 
 

 
 Lagi aksi yang sama...
 
 
Baring pun buat aksi yang sama...
 
 
 
Zahra dan adiknya, Auni.

 
 

Ini sepupu Auni, Nasuha Aira..
 
 
Sukanya dia...
 
 
Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat.. Nur mohon maaf kerana dah jarang update blog dan singgah blog kawan2. Kesibukan melanda dan tak tahu kenapa malas sangat nak update blog sendiri. Ini pun gambar lama yang dah berkurun ada dalam draft... Baru sempat nak publishkan. Gambar ni diambil sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari..
 
Pada rakan2 yang sudi singgah dan tinggalkan komen, terima kasih banyak ye.. Terharu sebab rakan2 sudi singgah ke blog yang dah hambar ni.
 
Cuaca sekarang ni agak panas kan.. Memang tak kering peluh sepanjang masa.. Anak2 didik Nur asyik mengeluh panas dan cepat penat. Ramai juga yang menahan mengantuk bila tiba waktu tengah hari. Kelas tambahan Tingkatan 5 yang diadakan pada petang tadi pun tak ramai anak2 muridku yang hadir iaitu18 orang je berbanding 27 orang pada minggu lepas. Mungkin tak selesa nak duduk lama di sekolah. Tahniah buat anak2 muridku yang gigih hadirkan ke kelas tambahan. Belajar rajin2 ye.. Pecahkan rekod SPM tahun 2012.. Cikgu doakan kalian berjaya..
 
Syukur Alhamdulillah subjek Sains SPM 2012 telah mencatat peningkatan dari segi peratus lulus dan GPS. 46 orang telah mencapai keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) untuk subjek Sains.. Moga Nur dan rakan2 sejawat akan lebih bersemangat dan tidak jemu mendidik dan membimbing anak2 murid ni agar prestasi pelajaran mereka meningkat dari semasa ke semasa.
 
Ok semua, sampai jumpa lagi di lain entri.. Jaga diri ye.. Wassalam.
 
 
 
 
Begitu tekun anak2 muridku menyiapkan latihan tanpa sedar yang cikgunya pula sibuk mengambil gambar mereka. Pelajar lelaki lebih ramai yang hadir berbanding pelajar perempuan..13 orang lelaki dan 5 orang perempuan.. Agak pelik kan.. Syabas buat semua yang hadir... Cikgu bangga dengan kalian semua..
 

Tuesday, February 26

Mengendap Kera











\

Salam buat semua.
Apa khabar rakan2 blogger semua? Rindu sangat dengan kalian semua. Niat hati nak selalu update dan singgah blog kawan2 blogger yang lain, namun apakan daya.. Nur tak mampu.. Terima kasih buat rakan2 yang bertanyakan tentang kesihatan Nur. Nur dah pun baik dari batuk dan selesema. Maaf sangat2 buat semua kerana jarang sangat update.. 

Jika sebelum ni ada entri mengintai burung pipit mencari makan, kali ni gambar Nur mengintai kera di hutan berhampiran rumah bonda. Memang kadang2 kumpulan monyet2 turut singgah ke rumah2 yang berhampiran untuk mencari makanan. Mana taknya kawasan untuk mereka mencari makan sangat terhad. Monyet2 ini terpaksa mencari makan demi untuk survival hidup koloni mereka.

Oklah, itu sahaja untuk kali ni. In Shaa Allah ada kelapangan Nur akan blogwalking blog rakan2. Terima kasih pada Kak Nor @ Kak whitecappucino, Shidah @ MystoryPic, Wak Gelas, cik laili, Kak Kesuma Angsana, Daddy Ziyyad, Kak Zurina, Kak Zakie, Saudara Azrin @ Akubiomed, Kak Sal, Asyifa Mustaffa, Kak Aziela, Kak Ramlah @ckLah, Kak Suzie, Kak Sari @ Seri Kandi Jauhar, Kak Ratu hatiku, Kak inazamri, Kak Kamsiah, Fiza Rahman dan Kak Zana Fahmi kerana memberi komen dalam 5 entri yang terkini. (maaf pada rakan blogger yang namanya tertinggal..)

Tak lupa juga pada semua silent reader.. Terima kasih kerana sudi singgah blog ini. 
Sekian wassalam.
 

Saturday, February 23

Catatan Ringkas Sewaktu Cuti CNY

 
 
Keadaan di Tol Ayer Hitam agak sibuk.
 
 
 

Pekan Rabu di bandar Kluang yang sedang dalam pembinaan.

 
Langit mendung..

 
Gunung Lambak tidak kelihatan dan diselimuti awan mendung.

 
Penangan makan limau mandarin waktu di kampung.. Ku menghidap batuk dan selesema. Masih belum pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Malas nak ke klinik, hanya beli ubat-ubatan ini di farmasi sahaja.
 
 
 
Sebelum balik ke JB, sempat masak ubi rebus.
 
 
Ubi yang dibeli kali ni warnanya agak kuning..
 
 
 
Mencuba resepi baru bersama anak saudaraku, Najwa. Teringin nak makan ikan siakap masak 3 rasa.
 
 
Seperti biasa, internet jadi sumber rujukan. Jika ada yang ingin mencuba, sila rujuk blog ini >>> Resepi ikan siakap 3 Rasa
 
 
 
 
 
Kegemaranku.. Nur pernah kongsi resepinya dalam entri yang lepas >> Rujuk di sini Resepi Ayam goreng masak kicap lada hitam
 
 
 
 Sambal tumis ikan bilis.. Sambal tumis memang tak boleh tinggal. "Hantu sambal" katakan... :)
 

 
Menikmati keindahan di halaman rumah bonda. Banyak pokok bunga yang berbunga...
 
Anda juga boleh rujuk entri lama di SINI. 
 

 
 

 
 

 

Friday, February 22

Game Unblock Me

 
Gelagat anak saudaraku, Zaffry (darjah 3) waktu bermain game Unblock Me. Tekun betul dah sampai level 70...
 
p/s : Anak2 saudara Nur ramai yang suka game ni termasuk la makciknya sekali.. :D
Berlumba2 mereka cuba nak habiskan level yang ada..
 
 
 
 
 
 
 

Monday, February 18

Berkumpul waktu cuti CNY

Wajah anak2 saudaraku.. Seronok dapat berkumpul bersama.
 
p/s: Mohon maaf sebab Nur dah lama menyepi...

Wednesday, December 26

Wordless Wednesday

 

Bunga Kertas

 
 
Bunga kertas di laman bonda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Semoga pagi yang indah ini menceriakan hari rakan2 semua..
 

Thursday, December 20

Aksi Sang Semut


Semut ni tak perasan yang aksinya dirakam..
 

 
 Wah semut ni sedang menghisap madu bunga euphorbia mili.
 
 
 

Ada 2 ekor semut sedang leka menghisap madu bunga.
 


 
 

Ah bergaduh pula dia...


 Menyorok di bawah kelopak Bunga Jepun atau nama saintifiknya Nerium oleander.
 
[Catatan : Entri ni auto-published]
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...