Sila klik link bawah...

Showing posts with label Anak Saudara. Show all posts
Showing posts with label Anak Saudara. Show all posts

Wednesday, April 3

Keletah Anak2 Saudaraku (Part 2)

 
Awat muka masam je...
 
 
Hobi baru Auni.. Hisap jari kaki.. Masa ni Auni baru bangun tidur.

 
Suka genggam tangan macam ni kalau diagah.. Macam nak wish Gong Xi Fa Chai je..
 
 
 
Kenapa la asyik ambil gambar Auni je..
 
 
 
 
 

 
 Lagi aksi yang sama...
 
 
Baring pun buat aksi yang sama...
 
 
 
Zahra dan adiknya, Auni.

 
 

Ini sepupu Auni, Nasuha Aira..
 
 
Sukanya dia...
 
 
Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat.. Nur mohon maaf kerana dah jarang update blog dan singgah blog kawan2. Kesibukan melanda dan tak tahu kenapa malas sangat nak update blog sendiri. Ini pun gambar lama yang dah berkurun ada dalam draft... Baru sempat nak publishkan. Gambar ni diambil sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari..
 
Pada rakan2 yang sudi singgah dan tinggalkan komen, terima kasih banyak ye.. Terharu sebab rakan2 sudi singgah ke blog yang dah hambar ni.
 
Cuaca sekarang ni agak panas kan.. Memang tak kering peluh sepanjang masa.. Anak2 didik Nur asyik mengeluh panas dan cepat penat. Ramai juga yang menahan mengantuk bila tiba waktu tengah hari. Kelas tambahan Tingkatan 5 yang diadakan pada petang tadi pun tak ramai anak2 muridku yang hadir iaitu18 orang je berbanding 27 orang pada minggu lepas. Mungkin tak selesa nak duduk lama di sekolah. Tahniah buat anak2 muridku yang gigih hadirkan ke kelas tambahan. Belajar rajin2 ye.. Pecahkan rekod SPM tahun 2012.. Cikgu doakan kalian berjaya..
 
Syukur Alhamdulillah subjek Sains SPM 2012 telah mencatat peningkatan dari segi peratus lulus dan GPS. 46 orang telah mencapai keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) untuk subjek Sains.. Moga Nur dan rakan2 sejawat akan lebih bersemangat dan tidak jemu mendidik dan membimbing anak2 murid ni agar prestasi pelajaran mereka meningkat dari semasa ke semasa.
 
Ok semua, sampai jumpa lagi di lain entri.. Jaga diri ye.. Wassalam.
 
 
 
 
Begitu tekun anak2 muridku menyiapkan latihan tanpa sedar yang cikgunya pula sibuk mengambil gambar mereka. Pelajar lelaki lebih ramai yang hadir berbanding pelajar perempuan..13 orang lelaki dan 5 orang perempuan.. Agak pelik kan.. Syabas buat semua yang hadir... Cikgu bangga dengan kalian semua..
 

Monday, March 11

Gelagat Si Comel Aira

 

Kali ni video anak saudaraku yang bernama Nasuha Aira... Abangnya Nabil sibuk nak tangkap gambar.. Aira suka mendengar laungan azan. Nyaring kan suara dia... :)
 
 

Sunday, March 3

Keletah Anak2 Saudaraku (Part 1)



Salam. Hi auntie2 semua.. Apa khabar? Auntie Nur kirim salam. Comel tak kucing hitam ni. Kucing ni selalu datang rumah Atok dan Nyai kat kampung..  Muka kucing macam marah sebab Humaira tertekan badan dia masa nak posing ni.. hehe.. (nasib kucing ni tak cakar Humaira..hahaha..) Humaira sayang kucing ni..

 
Kucing Hitam : "Alahai budak kecik ni, mengacau je aku nak landing rehat2 kat simen ni.."
 

 
Humaira dengan Nazmin suka main dengan kucing hitam ni.. Tengok ekor kucing ni.. Pendek je..
 

 
Bulu dia lembut je.. Pandai kucing ni jaga kebersihan badan..



 
Ni geng Humaira kalau balik kampung. Abang Nabil dan Nazmin pun sayang kucing hitam ni..


 
Kalau tak main basikal dan main dengan kucing, inilah aktiviti yang kami buat.


 
Abang Zaffry lawan badminton dengan Abang Zameel.

 
Abang Zameel tengah get ready...
 
Ok semua, itu sahaja untuk kali ni.. Auntie Nur minta maaf sebab dah lama tak update blog. Dia suruh Humaira sapu2 sawang dalam blog ni.. Auntie2 dan uncle2 semua tahu tak apa tu "sawang"?.. Humaira tak tahu la... sebab Humaira baru 5 tahun.. :)
Ok semua.. jumpa lagi nanti. Wassalam.

Friday, February 22

Game Unblock Me

 
Gelagat anak saudaraku, Zaffry (darjah 3) waktu bermain game Unblock Me. Tekun betul dah sampai level 70...
 
p/s : Anak2 saudara Nur ramai yang suka game ni termasuk la makciknya sekali.. :D
Berlumba2 mereka cuba nak habiskan level yang ada..
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 20

Gelagat Si Manja Auni dan OST Cinta Qaseh

 
Gelagat anak saudaraku Auni yang berusia 5 bulan waktu cuti CNY tempoh hari.... Aksi dirakam waktu Auni baru je bangun dari tidur. Kakak sulungnya Zahra yang menyanyikan lagu "Twinkle Twinkle Little Star".. Lihatlah tangan Auni... Dia sangat suka buat gaya seperti itu.. Pantang diagah... Comelkan..
 


p/s : Suka 2 lagu ni... Lagu2 dimainkan dalam OST Cinta Qaseh..


Tajuk lagu : Hanya Cinta Yang Bisa vocal Agnes ft Titi DJ


 
Tajuk Lagu : Cinta Kasih (Nyanyian Nubhan dan Mila)
 
 
 

Monday, February 18

Berkumpul waktu cuti CNY

Wajah anak2 saudaraku.. Seronok dapat berkumpul bersama.
 
p/s: Mohon maaf sebab Nur dah lama menyepi...

Sunday, January 27

Hi Semua...

Hi auntie2 semua... Apa khabar? Nama saya Nasuha Aira...

 
 
 

Wednesday, January 16

Potret Anak Buahku

 
Ini anak sulung abang Nur yang ketiga.. Namanya Humaira (5 tahun).
Tahun ni Humaira mula menjejakkan kaki ke sekolah tadika. Comel benar dia bila mengenakan uniform tadika.. Gambar ini diambil pada hari pertama persekolahan.
 

Ini pula adik Humaira, Huda (3 tahun).
Sangat teruja bila diajak berenang, tak nak naik walaupun jari jemari dah kecut kerana berendam berlalu lama dalam air.

 
 
Ini pula anak adik Nur, Nazmin (5 tahun) dan abangnya, Nabil (6 tahun). Nazmin sebaya dengan Humaira dan baru tahun ni bersekolah tadika. Abangnya Nabil juga bersekolah di tadika yang sama, jadi bolehlah dia tengok-tengok adiknya.
 
 
 
Ini pula adik pada Nazmin dan Nabil, Aira (2 bulan). Rambut masih belum tumbuh selepas dicukur. Matanya bulat dan badannya semangat.. Aira menyusu badan.
 
 
Ini pula anak bongsu abang kedua Nur, Auni (4 bulan). Auni menyusu badan sepenuhnya memandangkan kakak ipar dah jadi fulltime housewife. Badannya tegap dan nak belajar meniarap..
 
 
 p/s : Masa berlalu begitu pantas.. Sekejap je anak-anak saudaraku dah membesar dan bersekolah tadika. Belajar rajin-rajin ye... Jangan nakal-nakal tau...

Sunday, January 13

4 Sekawan

 
4 orang anak saudaraku sembahyang berjemaah bersama.
 


Pagi tadi kami sempat mandi-manda di Diamond Hill Padang Tembak Kluang.


Wah seronoknya mereka.. Suka melihat keakraban mereka. Riuh rendah rumah bonda di kampung dengan gelagat mereka.
 
 

Kalau mengadap gajet tab atau iPad ni memang mereka sehati sejiwa.
 

 

Friday, December 21

Lagu "My Little Pony Friendship is Magic - This Day Aria"

 
Ini kartun kegemaran anak saudara Nur yang nama Humaira... My Little Pony..
Siap hafal lagu dia tu..
 

 
 
Lagu "My Little Pony Friendship is Magic - This Day Aria" version Humaira....
 
Masa tengah menyanyi siap suruh ambil gambar dia.. Sabar je la...
 
 

Thursday, December 6

Hari Lahir Anak Saudaraku

 
Siapa suka sate? Sedap tau sate daging ni..
 
 
Salam buat semua,
Hari ni Nur nak kongsi gambar bulan lepas.. Masa tu tak sempat nak buat entri. Abang Nur buat sedikit majlis doa selamat sempena Hari Lahir anaknya, Huda.  
 
 
 
Ini dia kek ulangtahun ke-2 Huda..(Maaf ye gambar ni blurrr la pulak...)
 

 
Doa selamat yang dibacakan oleh abah Nur.
 
 

Inilah menu kami malam tu..
 
 
 
Inilah rupa birthday girl.. Huda (adik kepada Humaira). - Gambar ni diambil waktu dia nak pergi berenang di Diamond Hills.
 
 
 
 
Huda ni jarang nak pandang kamera.. 

 
 
 
"Wah besarnya nganga mulut tu".. Ni kakak Huda, Humaira..

 
Alahai manisnya senyuman Humaira...
 
 

Ini anak adik Nur, Nazmin.

 
Sempat tayang kek... Ni abang Nazmin, Nabil..
 




  Dia ni la yang dapat no. 1 hari tu.. Ini ENTRINYA.. Dia dah dapat hadiah galaxy tab 7.0 dari ayah.. Beruntungkan budak2 zaman sekarang..





Sesi makan2..

 
 Wah masing2 khusyuk makan kek...



Ini anak kakak Naqiu.. Tahun depan nak naik Darjah 2.

 
 
Macam nak cari gaduh je..
 
 
 
Humaira ni suka buat muka pelik2 bila makcik dia nak ambil gambar..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...