Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Sepetang di Sungai Sarawak

klik-klik di tebing Sungai Sarawak..




pakcik penambang






enjoy the photo..malas nak tulis..hihihi..

Monday, July 20, 2009

Senja itu..

klik-klik senja di Waterfront, Kuching, 17 Julai 2009.


senja 1

Terlanjur Cinta (Rossa dan Pasha)

Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan


senja 2

senja 3



waterfront Kuching

Kalau takde makanan, bukan blog aku namanya tu. Hiks. Dalam flight aku terbaca tentang laksa Sarawak di Waterfront Restaurant Hilton dlm magazine. Berkesempatan menikmatinya.

Laksa Sarawak , Waterfront Restaurant, Hilton Kuching


Salah satu jenis laksa yang Catz sgt suka, especially bila berkunjung ke Sarawak. Harus makan yg ori yeh.
Laksa Sarawak merupakan makanan yang terkenal di Sarawak, dish not to be missed ya.
Bau kuahnya ..puhh...gabungan serai, daun pandan, kulit udang, santan, lengkuas, rempah 5, dan lain-lain rempah ratus menjadikan kuahnya manis, pedas, masam sikit dgn perahan limau kasturi. Di hidang dengan sambal yang dibuat dgn gabungan belacan, jus asam jawa, cili kering.
Cara hidang, bubuh mihun, tauge, udang, tuang kuah. Hias dgn cili merah, hirisan limau kasturi, daun ketumbar...
bila nak makan, perah limau kasturi tu...puhhh...sedaps.


eh...baru aku ingat. Paste laksa Sarawak yang aku beli kat Miri bulan 3 hari tu masih elok terletak dlm peti ais. Bila nak buat ek..???

Friday, July 17, 2009

sudah jumpa kucing besar

hi..... u ols....

pandangan dr tingkat 12




wut has gone into my stomach so far??


Nasi lemak hijau di waterfront...sedap!

Thursday, May 21, 2009

Nasi lalapan di Restoran Muara, Waterfront Miri.

Nasi lalapan?...ni kwn catz yang recommend...
Restoran Muara terletak di Miri Waterfront..
pusing-pusing cari kedai ni..terletak di area Jalan Pala. (Aku duk tgk peta).
Kedai ni popular dengan nasi lalapan. Masa catz dtg, tengahari..kedai penuh. Dan catz tgk ramai makan nasi lalapan ni.
Selain tu, ada juga menu lain seperti laksa, mee, sup, dan lain-lain.


Restoran Muara

Ni lah lalapan tu. Yang ni lalapan keli.
Kita boleh pilih lalapan ayam, ikan (keli, tongkol, bawal, dll), daging. Pilih ikut selera.


Set lalapan terdiri dari sayur-sayuran (timun, kacang panjang, pucuk ubi, kobis) , tahu goreng, tempe goreng, sambal belacan dan ikan/daging/ayam yg digoreng. Set juga termasuk sup kosong, sambal dan nasi putih.
Sambal belacan ni sangatttttttttt sedapp!!! kenyang gila sebab portion besar dan banyak.

sambal

sup tulang..sedap jugak...

Haa...licin!!

updet: sebab ada yg tanya, apa makna lalapan??

INFO TAMBAHAN

aku rasa kedai ni kedai indonesia kot. sebab, pekerja termasuk cashier semua CAKAP JAWA sesama mereka dan aku boleh paham sebijik-sebijik apa derang cakap.
LALAPAN tu apa??
setau catz, LALAP tu bahasa JAWA yg maknanya ULAM.
lalapan tuh ulaman le kot...

jom makan!

Taman buaya cum mini zoo, Miri

Catz memandu menghala ke Kuala Baram. Saja merayap. Miri ni takdelah susah sgt jlnnya. cuma banyak round about. ko jalannnnn..jumpa round about...jalannnn jumpa round about..haa..gitu lah..Miri ni dah sempadan Brunei, saja je drive ke sana.

driving ke Kuala Baram


ke Kuala Baram?.. ASEAN Bridge?? Zoo? Buaya?

Ha..tetiba sampai kat Taman Buaya. Ni salah satu attraction kat Miri.

ewahhh...bergambar bersama cik buaya..ala..kalau u ols sampai sini, sure nak bergambor dgn dia gak..apa??..buaya betul?? ko nak kena ngap/libas ke cik Kiah???
Bayaran masuk RM10.00 (dewasa/Malaysian)

Ha...ni apa??.. telur masin??..yg mkn dgn nasik kerabu??.bukannn...bukann..ni telur BUAYA..

Buaya pun ada jenis2 nya..ni telur frsh water buaya.. ehm...(mcm pearls plak..hehhe, ada fresh water, sea water...kekekke)

masuk je, akan nampak luassss pokok teratai...cantik..sayup mata memandang dgn bunga-bunganya yang besar-besar.

kuntuman teratai..


Dalam ni ada platform di mana kita bolehlah melihat buaya-buaya yg tengah melepak dlm kolam masing-masing. Banyak gila buayanya..tersadai beramai-ramai. nampak cam diammm je..kenyang kot. masa catz dtg, ada ramai pelancong jadik derang buat demo bagi makan buaya.
Aku leka tgk sampai lupa nak amik gambar. besar-besar oke buaya tuuh....kalau aku ni dicampak..tah2 sekali ngap dah katam. hehhehe...

tgh meeting kewww??

food please...pizza?...nasik??


Taman buaya ni cam mini zoo, so ada banyak binatang lain yg boleh di lihat..cthnya..mcm kat atas ni..
panas gila lah..so aku takdelah merayap semua tempat....

me..the crocodile hunter..heheheeeeeeeeeeee..

klik-klik...

Klik-klik at hotel..nice stay, nice place.


nice view...

balkoni..

lepak place.

green..

klik..klik..

ehm....empuksss..



view at lobby

Restaurant..

laksa sarawak....sedap!..



nice stay, nice food, nice place...Marriot resort & Spa, Miri.

Jika berkunjung ke Miri, banyak juga pilihan hotel. Antaranya Marriot Resort & Spa, Imperial Hotel, Dynasty Hotel, parkcity Everly dan lain-lain.