Showing posts with label sos. Show all posts
Showing posts with label sos. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Brekpes ngan Bread Pudding..


salam ari jumaat sumer..

ye ye dah ari jumaat..esok leh enjoyyy..ngeh ngeh..

ekceli bread pudding a.k.a puding roti nih dah kali keberapa yg saya buat..
sejak dtg sini la..
dok msia dolu apa pon x kenal...muahaha..
tong gas pon setaun skali berganti..hihi
buat yg before-before nih x bape menjadi...
x jadi guna resepi nih, saya carik resepi lain..
sampai 3 versi yg saya terai..tp sumer agak-agak fail..
ade aje yg selek..
lembek sangat lah, loyang x sesuai la..
standart la menyalahkan bende lain padahal sendri x pandai muahahaha...:P

alhamdulillah kali nih menjadik..
izzah suka sangat bread puding nih..
so kalu jadik ke tak, dia tetap belasah..
spt biasa dgn jayanya saya men C&P dr kengkawan blogger..
vielen dank (timer kasih byk-byk) pada kak seri yg byk membantu..
resepi asal dr kak inahar

mintak show kat sini ye kak seri..muah muah

oh ye saya buat separuh adunan aje..then pakai esen oren mmg bes btol hasilnya..sbb ada rasa oren :D

BREAD & BUTTER PUDDING

Bahan-bahannya :
• 10 keping roti gardenia (saya buat 6 kpg roti yg comel-comel cm saya hihi)
• 500 ml susu uht@ fresh milk (300 ml aje)
• 300 ml whip@fresh cream (100 ml aje)
• 5 biji telur (2 bijik telur)
• 100 gm gula castor (50 gm)
• 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar) (agak-agak je)
• 50 gm raisins ( adalah bubuh bape ketul sbb izzah x suke huhu..)
• sedikit potongan nenas tin (x bubuh)
• butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
• esen vanilla (saya tukar esen oren)

Cara membuatnya :

1. Telur dan gula di pukul hingga gula hancur.
2. Then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
3. Susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.
4. Sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.
5. Kemudian tuangkan bancuhan susu tadi.
6. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
7. Bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2) (saya cuma 30 min)


kami makan ngan kuah kastard..mmg marbeles rasanye..kira mmg nak tergolek-golek sbb sedap la..bak kata kak hana..hahaha...

resepi kuah kastard dr izah mufin lover..tankiu ye izah, mintak mencopy di sini :)

KUAH KASTARD

1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Campurkan semua bahan, kacau hingga tepung sebati dan masak atas api kecil se hingga kuah sedikit pekat. Angkat dan ketepikan.

Tuesday, September 28, 2010

BBQ Piknik - Sos Perap Memerap



1) Perap Daging Kambing
- sumber dari http://izanmann.blogspot.com/

Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

daging yg dah diperap - lokasi dlm periuk


2) Perap Kepak Ayam Madu
- sumber dari http://izanmann.blogspot.com/

Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250 gram gula perang
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya

Cara-caranya
Atur kepak ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.

- huhu yg nih pon x sempat amek gamba..
- kalu nak buat drumstick pon bule..

3) Perap Drumstick BBQ
- sumber dari Minami133 MyResepi http://www.myresipi.com/top/detail/631

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
• 2.0kg ayam
• 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
• 5 ulas bawang putih
• 2 cm halia
• 2 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 batang serai
• 1 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil garam
• 1 cawan gula

Cara-cara
1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

- ayam yg dah diperap - lokasi dlm tupperware

BBQ Piknik - Resepi Sos

Resepi 2 sos yang saya buat masa berpiknik baru2 nih..

1) Sos Lada Hitam
- sumber dari acik yarn MyResepi http://www.myresipi.com/top/detail/705

Bahan-bahan
• 2 sudu butter
• 1 1/2 sudu tepung gandum
• sebiji bawang besar(potong dadu)
• sebiji tomato (potong dadu)
• seketul kiub ayam knors
• 2 cawan air
• sedikit kicap pekat
• sedikit sos cili/sos tomato
• garam dan gula secukup rasa
• 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
• tepung jagung(standby)

Cara-cara
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

2) Sos BBQ
- sumber dari http://izanmann.blogspot.com/
hehe yg nih x sempat nak amek gamba..

Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.