Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Nasi Dagang Tanak & Gulai Ikan Tongkol..


assalamualaikum..

selingan entri masak masak makan makan yang semakin ke laut jap ek..hehehhe

buat masa bila ek?
macam tak berapa lama sangat, rasa time coti new year arituh..hehe..
lepas dapat ikan tongkol fresh, info dari kawan Indonesia di sini, mulalah tekak memanggil2 nama Nasi Dagang...
tapi tuan tekak maleh nak mengukus nasib baik versi Tanak (masak dlm rice cooker secara biasa) available di Internet..

time kasih pada Cik Manggis dan Kak Izah Mapin Lover..izinkan saya tepek2 di sini ek..:)

NASI DAGANG TANAK
- sumber Cik Manggis dan dishare oleh Kak Izah



Bahan-bahannya:
2 pot( saiz -160 ml) beras pulut.
4 pot beras biasa(pot yang sama)
3 ulas bawang merah-potong nipis
1 tbsp halba
garam secukup rasa
2 inci halia-mayang halus
1 mangkuk pati santan campur air jadikan 4 mangkuk (4 mangkuk = 5 cawan)

Cara-caranya:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.

GULAI IKAN TONGKOL 


Bahan-bahan untuk lauknya:
 
4 keping ikan tongkol
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing *tak bubuh
6 biji cili api
1 inci lengkuas *tak ada, saya gantikan halia
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup *tak ada yg hidup, pakai serbuk aje huhu
1/2 paket kecil serbuk kari ikan *saya pakai 1 sudu besar, main agak2 je
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
 

 

Wednesday, December 28, 2011

Patin Masak Tempoyak..

patin tempoyak
assalamualaikum...

akhirnya dapat gak makan patin masak tempoyak..
time kasih kat Syahmi dari Bonn yg bukak mata saya yg tempoyak tak impossible walau di Jerman hehehe...
tapi honestly saya masak tak jadi sangat sbb tempoyak nye tak masam pong..baru peram berapa lama dah gedik2 nak masak..hahahah :P
dan takleh buat pedas sbb ada rakyat jelata kenit2 ni yg tak makan pedas..huhuhu

mmm rasanye resepinya standard aje, saya tak pakai bawang pon..
tapi sbb saya menggugel jugak, so saya klip skali referencenya..
time kasih cik min, izinkan saya tepek2 resepi cik min di sini ye..:)

PATIN MASAK TEMPOYAK
- by Cik Min

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin -bersihkan dengan asam keping *saya pakai 3 potong aje
2 cawan Tempoyak -kalau boleh tempoyak lama yang dah masam. *suka ati je saya bubuh, ikut nak pekat mana
11 biji cili padi -nak pedas tambah lagi *3 bijik je kot
1 inci kunyit hidup *pakai kunyit serbuk huhuhu
garam secukup rasa
Daun kesum dan bunga kantan *bunga kantan yellek

Cara-caranya:
Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup sehingga lumat.
Bancuhkan tempoyak dengan air mengikut kepekatan
Masukkan bancuhan tempoyak tadi bersama bahan tumbuk dan ikan ke dalam kuali.
Masakkan sehingga menggelegak,masukkan daun kesum,bunga kantan dan garam.
Setelah ikan masak tutup api siap untuk dihidangkan.

Nota: makin lama di didih, makin pekat tau kuahnya..sbb lemak2 ikan tuh dah melebur dlm kuah tu...sssslluurrppppppp syeeedapp hehehe :P

Wednesday, November 16, 2011

Nasik Buah Berangan & Ikan Keli Masak Lomak Cili Api..

nasi buah berangan
Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni mode meng update ke laut semua..
Tak pasti plak laut mana, yg pasti tuan tanah ni dh lama tak jumpa laut huhu..

Nasik buah berangan ni pon dh tinggal sejarah, cuma saje nk publish jugak memandangkan dulu penah publish pasal ni kat SINI..
Cuma masa tu tersalah beli, terbeli hazelnut so jadilah nasik hazelnut hihi...
Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat en husben saya..
Mmg sedap giler, patutla beria big boss saya tu..hihi..
Sebenarnya dulu dia penah buat masa study kt jepun...mungkin agaknye masih terngiang-ngiang kesedapan nasik buah berangan ni, makanya berusaha dia nak share ngan famili tersayang (sayang ke? huhuhu) dia ni..hehehe

resepi yg sama aje, cuma tukar aje hazelnut ngan buah brangan ye..:)

yg berlengkar2 dlm pinggan yg jadi background model tuh ikan keli salai masak lomak cili api..
macam tak kene aje kombinasinya..tapi blasah je la...abis licin jugak hahahaha :P
time kasih ros jintanmanis..cuma saya skip bab mangga muda tuh dan kurangkan bilangan cili..apapon izinkan saya tepek2 di sini plak ek..

ikan keli salai

IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI API
- sumber Ros JintanManis

Bahan-bahannye
4 ekor ikan keli yang siap disalai *saya bakar dlm oben sampai garing
3 biji mangga muda ( dihiris nipis)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

Caranya

1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan hirisan mangga muda, setelah mangga muda agak layu baru masukkan asam gelugor dan ikan keli salai, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Tuesday, October 25, 2011

Kari Ikan & Terung..

kari ikan
assalamualaikum...

hajat ati nak keluar sekejap jalan2 carik daun, sekali hujan renyai plak melanda..huhuhu...
sejak bermastautin sementara di negara orang ni, forecast weather memang kene tengok..expecially kalau ada plan nak keluar..
sbb kadang2 cuaca tak semestinya panas / hujan sepanjang minggu..
cuma biasanya di duisburg ni, kalau dlm seminggu tuh panas aje direct, siap sedialah mungkin next week nya sejuk or hujan...huhuhu
tapi kalau memang dah nak keluar, redah aje la nak buat camne..sbb badan ni kengkadang takleh dimanja sangat kan hik hik hik...

sejuk2 ni meh layan kari ikan yg dimasak oleh non-pro seperti saya ini..
lepas la mutu piawai di mulut kami ini..hehehe
time kasih pada pencipta resepi, Wana Yusuf @ Potret Kasih..izinkan saya tepek2 di sini buat rujukan di masa depan..:)

KARI IKAN BERSAMA TERUNG
- sumber Wana Yusuf @ Potret Kasih

Bahan-Bahan:
6 ekor ikan kembung ( apa ikan pun boleh )
2 biji terung ( di potong memanjang )
1 labu bawang besar ( ditumbuk/dikisar )
3 ulas bawang merah ( ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang putih ( ditumbuk/dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili ( optional )
1/2 cawan bawang goreng ( optional )
2 cawan santan pekat atau susu cair
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam secukupnya
daun kari secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
3. Masukkan sedikit air, santan atau susu cair, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
4. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan bawang goreng yang telah ditumbuk.
5. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.

Friday, October 14, 2011

Ikan Sweet & Sour..

ikan sweet & sour

assalamualaikum...

salam petang Jumaat yg sejuk dari bumi Duisburg..:)

resepi ikan sweet sour dari dapur Kak Hana yg lama menyepi tuh...
semoga sihat2 aje la hendaknye kakak kita yg sorang tuh kan..hehehe
izinkan saya tepek2 resepi kat sini ye kak..trima kasih daun keladi..heeehehehhe...

IKAN SWEET & SOUR

sumber Kak Hana@HanaMemories

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
• Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuai dgoreng *saya pakai fillet ikan dipotong sederhana
• *garam
• *serbuk kunyit
• *tepung jagung
• *tepung kentucky - optional
Utk Sos
• 1 biji bawang besar - potong dadu
• 2 ulas bawang putih - cincang
• 1 inci halia - cincang
• 2 sudu makan sos tomato
• 2 sudu makan sos cili *saya tukar sos sweet & sour
• 1 sudu makan sos tiram
• sedikit air
• 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
• sedikit air nenas
• lada benggala merah dan hijau - potong dadu
• garam dan gula

Cara-cara

• Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
• Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
• Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
• Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
• Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
• Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Thursday, June 9, 2011

Gulai Ikan Talang Lady Ayu..


assalamualaikum..

pes time kot masak gulai..hehehehe..
selalu ikan masin talang yg stok tah bile nak abis ni saya buat masak lemak ngan nenas aje..
skali pn lady ayu ni tayang kat fb dia, gulai ikan talang utara, wahh :O cam menarik..
time kasih ayu sbb sudi inbox saya unt resepi ni...muah muahhh
tapi disebabkan kami penduduk umah ni jenis tak masak kari sangat, so main blasah aje le rempah kari tuh..jenama apa pon dah lupe..hehehe
halba campur lak taktau ujung pangkal so saya pakai halba biasa aje..huhuhu
nenas pon patut patutnya nenas muda tuh kan, tp yelah blasah aje nenas manis beli kat pasaraya...janji adeee..hihihihi :D
saya buat separuh dr resepi di bawah...
izinkan saya tepek-tepek di sini jugak ye...


GULAI IKAN TALANG KERING UTARA


- Sumber Lady Ayu

Bahan-Bahan:
• 1 kg tulang ikan talang kering.
• 1 biji kelapa (di ambil santan - 2x perahan) *saya pakai santan kotak je
• 1 biji Buah Nenas - di hiris nipis sedang. * separuh nenas
• 1 biji Terung Panjang - di potong 1 inchi.
• 1 ketul ubi keledek sedang - di potong 1 inchi. *taderk
• 1 bungkus serbuk rempah kari Babas *saya pakai 1 1/2 sudu besar
• 8 ulas bawang kecil - di hiris. *saya pakai bawang besar je
• 6 ulas bawang putih - di hiris. *3 ulas bawang putih
• 4 tangkai daun kari.
• 2 camca kecil halba campur. *1 sudu kecil halba
• 6 sudu besar minyak masak.
• Serbuk perasa secukup rasa (jika mahu).

Cara:

1. Masakkan santan & rempah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali untuk mengelakkan pecah minyak.
2. Masukkan nenas. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan tulang ikan talang kering dan ubi keledek. Apabila mendidih, masukkan terung. Biarkan masakkan mendidih selama 10-12 minit.
4. Di periuk kecil berasingan, panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang kecil, bawang putih, dauh kari dan halba campur. Goreng sehingga kekuningan & garing.
5. Setelah garing, masukkan kesemua tumisan termasuk minyak keatas gulai yang mendidih tadi.
6. Biarkan setengah minit & padamkan api. Guali sedia untuk di hidang.

Wednesday, April 13, 2011

Ikan Keli Goreng Berlada..


assalamualaikum...

selamat hari Khamis semua..
petang ni kol 2 ada program di kindergarten izzah..
ada sesi penerangan pasal keselamatan jalanraya oleh polis pada bebudak, so eltern (parent) digalakkan datang sama..
denganye penerangan tuh dibuat di tepi2 jalan, kira cam ronda2 la then polis tuh akan beri penerangan..hihihi tatau la camne nanti...:P

okeh ikan keli ni saya masak masa buat nasik hazelnut arituh..:D
ehh jauh tau merantau ikan keli ni, sampai gak ke german...hihiih
alhamdulillah masih dapat merasa ikan2 sungai Msia, so taderk la windu sangat kat negara kita yg terchenta tuh kan...hihihihi
time kasih pada penyumbang resepi Bagus Betul..banyak kali dah buat siaran ulangan di umah kecik kami ni...hehehe..

IKAN KELI GORENG BERLADA
- sumber Bagus Betul.Wordpress

Bahan-bahan
1 sudu teh belacan
10 gm cili padi - x bubuh
1 ulas bawang besar
2.5 sm halia
1.5 sm lengkuas
3 batang serai
2 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan diatas)
2 ekor ikan keli
½ sudu teh serbuk kunyit
Bahan perasa dan gula secukupnya

Cara-cara

1. Lumurkan ikan keli yang telah dibersihkan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit perasa dan sedikit gula
3. Masukkan ikan keli yang telah digoreng dan gaul sebati. Siap untuk dimakan..

Monday, March 28, 2011

Asam Pedas Ikan dan Nenas..


assalamualaikum..

ni entri tunggak tertunggak yg dah lama..
baru arinih berkesempatan nak mempublish..hehehe
saje buat rujukan pada diri sendri..
sedap asam pedas ni, saya pakai ikan patin..
izzah makan bertambah2..:D
opss dia tambah bukan sbb saya masak, tp sbb dia baru tau ikan ni sedap...hahaha
abis la en husben, next time kompom berebut ngan budak kecik ni..:P

time kasih pada Cik Mat Gebu yg femes tuh, izinkan saya tepek resepi cik mat kat sini ye..:)

ASAM PEDAS IKAN BERSAMA NENAS
- sumber dari CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
• 3 - 4 kepingan ikan merah (kalau kepala ikan lagi besss)
• 1 biji nenas madu, kupas dan potong serong - saya pakai nenas dlm tin aje :D
• 1/2 cawan jus asam jawa
• 3/4 cawan cili kisar
• 1/2 inci halia, diketuk
• 1/2 inci lengkuas, diketuk
• 800 ml air (atau secukupnya)
• Garam dan gula secukup rasa
• 8 biji bawang merah*
• 2 ulas bawang putih*
• 1/2 inci belacan*
• 1/2 inci kunyit hidup*
• 1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

Cara-cara

1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Nenas dicuci, kupas, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan kacau hingga rata dan masak sekejap.
3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan biar ikan masak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin rasa (sesapa nak letak serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Monday, March 21, 2011

Ikan Masak Singgang..


assalamualaikum..

semoga yang baik-baik aje kepada kita semua..

sebenanye ikan singgang ni dah lama rasa nak makan..
sbb lengkuas ada dijual kat sini, so kalu nampak lengkuas mmg dok pikir singgang aje le kan..
eh sebenanye singgang aje la satu2 nya masakan yg saya tau bila ckp pasal lengkuas ni..hahahhaa :P
dolu masa kecik2, kalu mak beli ikan aye (ikan tongkol) mesti dia masak singgang..
saya kene pegi mintak lengkuas kat blakang umah jiran..korek2 dlm tanah..hehehe

baru2 ni dapat beli ikan fresh dr Basken, selalunya ikan frozen aje yg penuh dlm esbox saya..
sbb selalunye (jarang pon huhu) kami pegi ari Sabtu, mmg ramai org so mmg taderk harapan nak makan ikan fresh..
bile dah ada ikan ni, apalagiiii...mulakan projek la hehehe..
so saje search resepi kat internet dan blog kawan2, tp pelik kebanyakan nye pakai kunyit..
terasa cam asam pedas rebus la plak..
so saya buat stail mak saya la (hahaha ye ke sebenanye main bantai aje, asal kaler putih..)
pada otai2 masak, mahap kalu tersalah bahan-bahan ye..heheheh

IKAN MASAK SINGGANG
- by hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol - saya pakai ikan apa tah tatau nama hahaha...
1/2 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - diketuk
2 inci lengkuas - potong
2 ulas cili api
1 keping asam keping saiz sederhana
Air

Cara-cara
1) Ikan dibersihkan dan ditoskan
2) Lebur semua bahan dalam periuk, kuah tuh agak2 la..
3) Perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan. lagi lama lagi bes..

Thursday, February 10, 2011

Patin Tempoyak yg Dirindui..

assalamualaikum..

ramai yg tanya, susah ke nak dapat stok makanan basah Msia di sini..
mmm alhamdulillah di duisburg ni tak sesusah mana..
biasa nya di mana-mana tempat di obersea akan ada kedai Asia..
kecik besar kedai tuh aje yg jadi ukuran..hehehe
biasanya Asia Mart kami ada jual ikan patin, talapia, keli dan lain-lain..
kami..?? haha macam saya tokey plak ye..
marah tokey cina tuh nanti..hihihi :P
eh eh kalu saya tokeh pon syok gak kan, leh saya jual kicap kipas udang..huhuhu

cuma sayur aje la stereotype skit, sawi, taugeh mmg ari-ari ada..huhu
daun kucai, daun kesum ikut time..tempe pon same..:(
bendi susah nak jumpe skarang..huhuhu..
kalau pegi Asia Supermarkt yg jauh sket, insyaAllah kalu nasib baik ada kangkung dan jantung pisang..hehehe..
tapi kalu nasib tak baik abis penat naik turun bas dan tren aje la...hihihi :P

patin ni selalu gak beli..en husben suka..tambah2 patin tempoyak..
dok pahang dolu mmg sampai x larat makan la..
hehe cuma di sini x de la patin tempoyak nye..
tempoyak x lepas naik flight arituh...muhahahaha....
ada jugak durian jual kat sini, meibi dah sampai tahap desperate baru beli dan buat tempoyak sendrik...hihihii

selain dr goreng garing, saya slalu masak patin asam pedas..
sedap gak, walau x leh lawan patin tempoyak...huhuhu
so sesapa yg suka patin tapi x suke tempoyak bule la cuba ye...
mm smalam saya makan ngan omelete piza, dr kak hana..
bes bes cuma smalam piza saya x cun so x highlight...hahaha



ASAM PEDAS IKAN PATIN
- sumber cikmin.com..time kasih daun keladi ye..:)

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin-potong dan bersihkan dengan asam keping
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm kunyit hidup* - saya pakai kunyit serbuk aje..
1 cm halia*
1 btg serai dititik
Daun kesum
1 bunga kantan-dibelah dua - x de, so x isi..
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu besar cili kering mesin
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sedikit belacan (ikut suka)
Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang
bahan-bahan bertanda*ditumbuk

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak, masukkan bahan yang bertumbuk tadi,tumis hingga naik bau.
2.Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3.Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.
4.Masukkan ikan, garam dan gula,biar hingga ikan masak,tutup api,siap untuk dihidangkan bersama nasi putih

Sunday, January 23, 2011

Ikan Kukus & Sup Cendawan..


assalamualaikum...

saje nak share menu lunch kami tadi..
Ikan Kukus Asam Boi resepi Kak Hana..ngan Sup Cendawan Meatball resepi Sdn. Bhd..hihi
heheh ikan kukus ni mmg super the marbelessss....
mmg selupoh2 jari angkat tanda bessss..:D

igt lagi memula saya sampai di duisburg ni, nak buat ikan kukus tp tatau cara..
padahal mmg feberet..
kat Msia senang aje pakei periuk kukus, kat umah fully furnished yg kami memula sewa tuh cuma ada oven n microwave..
so turpaksalah menanye kengkawan sekeliling...
nasible yek sesapa yg kene tanye dolu tuh..hahaha :P
time kasih byk2 pada fadzly dan ros atas tunjuk ajar..jasamu kukenang sampai bile-bile...:D


IKAN KUKUS ASAM BOI
- sumber kak hana @hanamemories

Bahan-bahan
• Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
• 1/2 biji bawang besar - hiris
• 2 ulas bawang putih - ketuk
• 1-2 batang serai - hiris
• 1 inci halia - hiris memanjang halus
• 5 biji asam boi putih atau lebih
• 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
• Tomato cherry @ biasa - belah 4
• Daun ketumbar - x de saya ganti ngan daun bawang..slambe hahah..
• 1 sudu sos ikan
• 1 sudu kicap cair
• 1 sudu sos tiram - (optional) - saya bubuh
• Hirisan limau atau jusnya
• Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
• Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin. - sama :D
• Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak - saya bubuh

Cara-cara
• Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
• Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
• Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
• Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
• Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
• Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Nota: mmg rekomen resepi ni, sbb complete rasa ikan stim tuh, manis (walau x bubuh gula), masam dan masin..:)

Thursday, November 4, 2010

Kurau oh Kurau..


smalam bungkusan yg saya nanti2 kan dah sampai...alhamdulillah berjaya gak berenang ke German nih..hihi jauh perjalanan tuh 2 bln (sbb kak anie x kenyit mata kat orang pos la tuh huhu...)hahaha tp bungkusan adik saya lagi hebat, dr Msia ke US cuma 9 ari..x aci tul, agaknye barang2 tuh atlet perkasa, x main berenang dah, terbang aje..huhu (kesilapan teknikal org kat pejabat pos punye pasal cehhh...)

bau mmg kompom harum semerbak..haha nak tau bau ape?
IKAN MASIN KURAU!!

nasib baik kat kastam x kene cek..so elok aje la kotak besar gedabak tuh sampai umah nih hihi...


hehe ikan masinnye 2 bungkusan, hadeiiii lepas nih sumer kurau aje la ye..masak lemak nenas kurau, sambal nasik lemak kurau..jgn2 lepas nih kuar cheese cake kurau & mufin kurau....hahahahahaha

so khas buat cik rohaniah, sila lah salin resepi di bawah dan menerai unt kurau2 selebihnya di dalam peti ais mak ye...hihihi :P

KURAU & UDANG GORENG

Bahan-bahan
Ikan Masin Kurau (WAJIB!! haha)
Udang (ikut la bape-bape ekor)
1/2 Bawang besar (potong bulat)
4 btg Lada kering (potong)
minyak unt menggoreng
Gula sket hehe..

Cara-cara
1) Udang basuh, isi kunyit & gureng garing. Ketepikan
2) tumis bawang besar & lada kering. dah agak layu masukkan ikan masin kurau yg dah dibasuh & dipotong kecik2..(bkn ape kalu x potong kang tercekik lak kat tekak huhu)
3) goreng sekejap, agak2 kurau dah bergoreng, masuk aje udang tadi, kacau rata
4) agak2 x nak masin sangat isi gula sket heheh...
5) siap la..slamat menjamu selera..

smalam makan ngan sup sayur & paling penting KICAP KIPAS UDANG...hahaha bahagianye la idupkuuuuu...


oh ye saje nak share kubis kat sini, bentuk lonjong..hehe..ada gak yg bentuk bulat, tp sangat-sangat keras, mmg kene rebus dulu before masak. yg lonjong nih okes sket..:)


sekian kelas masak-memasak ikan kurau part 1..unt resepi kurau-kurau yg lain, chep ni pon tgh usha2 gak, len kali upload lain yeksss....:D

Friday, October 1, 2010

Asam Pedas Rebus feberet Mak..



slamat ari jumaat sumer..
alhamdulillah ari nih dah las day saya pose 6 + pose ganti..sumer skali seploh ari..harap2 arinih berjalan lancar hehe..
cuaca kat sini dah tambah sejuk..pagi ni matahari mmg malu nak kuar..huhu..tapi alhamdulillah x ujan..

smalam saya berbuka dengan asam pedas rebus..nih kesukaan mak saya hehe..dia mmg x minat asam pedas tumis tuh, tp saya blasah aje sumer hihi..arituh en husben ada beli bendi, dok pk nak masak ape..cam asik2 bendi goreng ngan telur aje..huhu..tapi saya x masukkan daun kesum, males nak beli kat Asia Mart tuh..bkn ape guna sebatang dua, lelain terbiar layu je dlm fridge huhu..

ok la saje gedik2 nak share resepi..hehe jgn mareee yeee...

ASAM PEDAS REBUS
- sumber http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Bahan:-
• 3 ekor ikan selar - or ikan apa2 aje
• 5 keping asam keping
• 2 tangkai daun kesum - smalam saya x bubuh hehe..
• 1/4 biji nenas dipotong kecil - ni saya ganti ngan bendi 4 btg
• Air secukupnya
• Sedikit serbuk kunyit
• Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
• 3 biji cili merah
• 1 cm belacan
• 3 ulas bawang merah

Cara-Cara:-
1. Ikan dibersihkan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
3. Masak hingga mendidih dan masukkan ikan.
4. Letak garam secukup rasa dan biar ikan masak dan nenas lembut.
5. Tutup api dan hidangkan....