Showing posts with label mufin. Show all posts
Showing posts with label mufin. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Muffin Yogurt Pisang yang Sedap..

assalamualaikum...

asal nama resepi ni, Muffin Pisang Chocolate Rice tapi saya nak highlightkan Yogurt di situ..
sebab muffin yang gunakan yogurt memang rasa dan teksur nya lain dari yang tak guna yogurt..
so sapa yang ada yogurt lebih kat umah, boleh la terai..
memang bes..

time kasih pada pencipta resepi ni, Mak Lang (sori tak ada link khusus), dah terbang ke blog Mamafami, then Kak Hana jiran selang umahku, dan saya copy dari Kak Yati Sinar Kehidupanku..
Izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)


MUFFIN YOGURT PISANG CHOCOLATE RICE
- by  Mak Lang, C&P ke blog Mamafami, Kak Hana dan Kak Yati Sinar Kehidupanku


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur  *saya guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
 



Wednesday, March 20, 2013

Best Ever Muffin...

Assalamualaikum...

menu mapin yang boleh dibuat minum petang or sarapan pagi..
ramai rasanya yang dah mencuba resepi ni kan.. mmg bes dan boleh dipelbagaikan..
saya pon dah penah buat tapi macam tak pernah publish je..ntah le heheh..
so kali ni saya gunakan Coklat Toblerone ni, potong dadu dan masukkan..
hasilnya en husbenku sukeeee (peminat coklat tegar hehe)...


time kasih pada Kak Diana dan Kak Hana, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

BEST EVER MUFFIN
- resepi asal Kak Diana (tak boleh bukak sbb invited readers only), di share oleh Kak Hana @ Hanamemories



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
* 1 cawan coklat toblerone didadu

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang di tengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. * Saya masukkan secawan coklat Toblerone cincang
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.


Monday, February 4, 2013

Muffin Pisang Sedap..


assalamualaikum..

nak share resepi Mapin Pisang yang sedap ini.
hummmm biasanya saya suka buat kek pisang dalam bekas mapin, pakai ovalett..
hasilnya gebu gebu dan ringan..saya suka suka...
so mapin pisang ni bagi kelainan dr segi struktur dan rasanya..
saya suka suka suka jugak hehehe...:P

time kasih pada pencipta resepi, Ana Penang Fotopages, dan Izah Mapin Lover kerana berjaya meracun saya untuk membuatnya...hehehe..
oh ya saya buat half aje, banyak jugak dapatnya..hehehe

MUFFIN PISANG
- sumber Ana Penang Fotopages (takde link), di forward oleh Kak Madihaa Fotopages dan Izah Mapin Lover
saya buat half dari adunan di bawah ek :)

BAHAN A 
400 gm butter cair
300 gm (6 biji) telur
200gm susu segar

BAHAN  B
600gm pisang dilecek
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit
1 tsp garam

BAHAN C 
550 tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp sodium bikarbonate 

CARA CARA
Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. *izah cairkan aje atas api *saya pon sama.
Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. 
Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. 
Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. 
Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu.  
Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit.

Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.
 

Friday, April 13, 2012

Marble Banana Muffin..

070

assalamualaikum...

mapin yg dibuat sebelum projek urlaub arituh..
dah lama peram dlm folder baru ni berkesempatan kasik dia interprem heheh...
dah byk kali buat sbb memang sedap..
time kasih byk pada pencipta resepi yg sedap ni Rima (versi English) dan Kak Izah Daut (tukang translate), tp saya copy dr Kak Hana..hehe
apapon izinkan saya tepek tepek di sini plak ek..:)

078-001

MARBLE BANANA MUFFIN
- by Rima (versi English)
- ditranslate oleh Kak Izah dan saya copy dr Kak Hana

Bahan-bahan
Bahan A

• 2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
• 1 sudu besar baking powder
• 1/2 sudu teh garam

Bahan B
• 1 biji telur (L)
• 1 cawan susu segar
• 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
• 1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste *saya pakai coklat emulco

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara
• Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
• Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
• Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
• Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Wednesday, February 22, 2012

Hasil Keras Tangan Di Msia...

assalamualaikum...

lama tak menulis..baru tengah dapat betulkan diri dengan masa tido dan masih gigil gigil kesejukan dlm umah lagi..hihihi :P

sebenanye balik Msia arituh saya bawak makcik BM tuh..
jahat kan, balik coti coti Msia pon masih bawak bibik..hahaha :P
sebenanye makcik BM ni saya beli 2nd hen je kat Trodelmarkt, rege 8 euro..
memang target nak bawak balik Msia arituh dan tinggalkan di sana, demi nak kasik emak dan emak mertua makan roti panas...
(oh emak silalah terharu dengan niat suci murni anakmu ini hik hik hik :P)

so inilah antara hasil roti yg sempat di snap..
sebenanye ada buat 2,3 jenis lagi tapi tak sempat nak snap dah kene ngap hehehe..
roti Msia

dan pizza gebu jugak...memang menjadi permintaan hangat di kalangan anak2 sedara!! hehehhe....
pizza

mapin yg paling kerap saya buat..sbb senang!!! dan saya kukus, so rasanye lain sket dr yg biasa saya bakar..apapon mmg jadi peberet emak saya..alhamdulillah..:)
muffin3

muffin2b

muffin

sebenanye hajat ati nak buat berkali kali kali dan kali lagi, tapi memandangkan dah kene kejutan budaya arituh terus terbantut sedikit niat saya..
dan peralatan yg tak bape nak lengkap, tengoklah saya bakar pizza pon atas penutup periuk aje..yg ponting sooodaaapppp kan...hihihihi :P
dan roti pon takleh nak buat roti sebuku cam gardenia tuh sbb tersalah beli loaf..itulah padahnya beli loaf tp tak ukur oben yg sekangkang kera itu..hahaha :P

apapon saya bersyukur dapat jugak kasik emak saya makan roti dan mapin panas..
rasanye tuh la kenangan paling bermakna coti coti Msia saya kali ni...hehehehe :)

Thursday, January 5, 2012

Mufin Yogurt Strawberi ..

mufin yogurt strawbery
assalamualaikum...

laaaaaammmaaaaaa (harkat panjang sket ek) tak memapin..
nak buek camno Kak Izah yg Mufin Lover pon dah laaammmmaaaa tak tayang entri mapin memapin ni..hehehe
(kak izah jgn marah saya buat iklan kejap :P)
sebut pasal Kak Izah Mufin Lover ni saya mmg suke ketuk pintu umah (belog) dia sbb mapin yg dia tayang semuanye bes bes..
kiranya menepati selera anak tekak saya lah, anak tekak en husben dan anak-anak biasanye takde masalah..biasalah tukang makan mana leh demand lebih kan hahaha :P

mapin yogurt ni dah beberapa kali dibuat siaran ulangan, cuma tak sampai seru aje nak meng entri..
kali ni kita kasik can derang interprem ek..
kalu ikut apa yg ditulis, resepi ni asalnye dr Precious Moments tapi dah diedit bab sukatan gram dan cawan oleh kak izah...
so time kasih pada dedua la ek..mintak izin saya tepek tepek di sini plak okeeehhh..:)
dan oh ye..kak izah nye mapin kaler merah2 strawberi gitu, saya nye mapin nampak kaler kunin sbb bubuh inti lebihan cis spongebob..haha jangan marah :P

MUFIN YOGURT STRAWBERRY
by Precious Moments dan Kak Izah Daut

Bahan
2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa *saya pakai yogurt strawberi
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana *xde stok

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, strawbery paste dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.

Monday, October 17, 2011

Muffin Epal..

mufin epal
assalamualaikum...

mapin epal a.k.a Apfel untuk mengabiskan epal yg dipetik beberapa minggu lepas kot..
tapi tak abis2 lagi sbb guna unt mapin ni 2 bijik aje..huhuhu
en husben dan 2 budak kecik tuh plak agak selow dengan mapin ini sbb epal yg agak masam itu..
tapi saya tak kira, saya suke jugak muhahaha...

saya guna epal merah, bkn epal hijau..dulu rasanye dah penah buat so kiranya ni siaran ulangan la..hehehe
time kasih pada Dr Inahar..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

MUFFIN EPAL
- sumber Dr Inahar

BAHAN2:
1 1/4 cwn tepung serbaguna
1 cwn gula halus
4 biji epal hijau (buang kulit,3 biji diparut, 1 biji di dadu kecil) *saya pakai 2 biji saiz besar epal merah, potong dadu)
11/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cinnamon powder *saya tak bubuh
secubit garam
1 biji lemon- diparut kulit dan ambil jusnya
esen vanilla
1/2 cwn corn/vege. oil
1 biji telur- size L
almond nibs secukupnya

CARA2:
1) ayak tepung,baking powder,cinnamon powder.
2) pukul telur,minyak,gula,jus lemon & parutan kulitnya,vanilla sampai sebati then taruh bahan2 kering. lastly, masukkan parutan/potongan epal dan kacau rata.
3) letak dalam acuan muffin dan di tabur dengan almond nibs di atasnya kemudian bakar dlm preheated oven pd suhu 180 c selama 20-25 minutes atau sehingga kelihatan golden brown..

Nota Dr Inahar: resepi asal tidak menggunakan epal parut tapi hanya menggunakan 3 biji epal yang dipotong dadu dan kacang pecan utk hiasan. (tapi klu hanya guna epal dadu tanpa epal parut, disarankan kurangkan amaun gula kerana ianya agak manis..penggunaan epal parut tu lebih masam sbb tulah kena guna gula lbh ckit..)

Monday, July 25, 2011

Muffin Blueberry..

muffin blueberry2
assalamualaikum...

lama tak memapin..huhuhu
sebut pasal mapin ni, dr pembacaan saya, kalau adunan kita banyak, mapin yg bakar pes time akan lebih menjadi dr 2nd time...
tp taktau la kenapa bila sampai kat saya, terbalik jadinye..
maksudnye adunan yg dibakar 2nd time tu yg akan naik tinggi..huhuhu
mungkin sbb suhu, mungkin sbb oben...saya pon taktau..
tp yg ponting menjadi mapin saya, dlm erti kata tak bantat dan sedap di tekak, kira no hal la...hahahaha :P
time kasih kak izah atas resepi mapinmu ini, izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

psttt kak izah mahap kan saya sbb mapin saya tak lawa cam akak nye...malu den sob sob sob..
dan mahap jugek sbb derhaka sket, saya tukar stroberi jadik blueberi..tadaaa...magik tak?? magik la...hahahaha


muffin blueberry

MUFFIN YOGURT BLUEBERRY (asalnya Muffin Yogurt Strawberry)
- sumber Kak Izah@Izah Muffin Lover

Bahan (lebih kurang 18 ketul standard size)
2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste *saya tak bubuh
5-7 biji strawberry size sederhana *saya tukar 1.5 cawan blueberry

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, strawbery paste dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.

Wednesday, May 25, 2011

Mufin Kopi..


assalamualaikum..

meh layan muffin kopi ni..
bes bes pasal selalu asik makan mufin choco je kan..hehehe
lagipon rasa kopinya takde la kaw kaw sangat, kalu time panas2 memang naik aroma nescafe nye, bila dah sejuk bau nescafenya dah ala-ala manje gitu..hehehe

time kasih pada penyumbang resepi, kak Hanieliza..juga kak Izah Mufin Lover sebab kongsi dlm blog dia..
izinkan saya tepek tepek kat sini gak ye..hehehehe



MUFFIN KOPI COKLAT CHIPS
- sumber Kak Hanieliza, dan dikongsi bersama oleh kak Izah Daut

Bahan-bahan:
Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang

Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi
1 sudu kecil nescafe *saya lebihkan menjadi 1 1/2 sudu kecil
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Coklat chip secukupnya

Caranya: Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.

Monday, May 2, 2011

Mapin Lagi..


assalamualaikum..

mapin ni memang bes la..
tambah2 ada rasa nescafe my peberet itu..hihih
pes time buat, alhamdulillah menjadi walaupon mula2 tuh cam was was..
pasal adunan dia cair, so agak agak cuak la gak..hehehhe
tapi jadi ke idak, wajib gak masuk mulut kan..
cuma kelajuan je yang membezakan..hihihi :P

time kasih kak izah atas resepi mu ini, dah resepi2 mu yg lain2 tuh..:D
memang bekenan betul saya mapin2 kak izah ni, pasal kebanyakan resepi dia guna yogurt so mapin nye memang senantiasa lembut walaupon dah sejuk..(ni teori saya je la hahaha)
so, layaaannn ye..

MUFFIN COKLAT YOGURT
- by Kak Izah@Izah Muffin Lover

Bahan
1 cwn tepung
1/2 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda
1 sk nescafe
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn minyak
1/2 cwn yogurt
1/8 cwn susu segar
1 biji telur
1/4 lebih sikit air panas

Cara
Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
Satukan bahan basah kecuali air panas. Gaul sebati.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Sebatikan.
Akhirnya masukkan air panas. Sebatikan.
Masukkan ke dalam muffin cup dan bakor pada suhu 180 slama 25 minit.

Monday, March 14, 2011

Choco. Chips Raisins Muffin


assalamualaikum...

dah lama x memapin..so ahad lepas gerak gempur la di dapur..
igtkan nak makan brekpes, tp biasalah saya ni dah mcm kenderaan berat jalan di highway..
so brekpes la kami dlm kol 10 lebeh...
hahaha mintak ampun ye rakyat2 umah ni sekalian...
tapi hasilnya tak mengecewakan...mmg leh buat lagi dan lagi dan lagi..
time kasih pada pen share resepi, Anna Qawina..:)

CHOCO. CHIPS RAISINS MUFFIN
- sumber asal dari Food Institut Of Malaysia (FIM), Majalah SDK April 2007(Muffin Raisin), di share oleh Anna Qawina@Qaseh Azzahra

Bahan-bahan :

• 100 gm mentega
• 125 gm gula kastor
• 125 gm telur..lbh krg 2 bj telur saiz A
• 188 gm susu cair/ susu segar
• 250 gm tepung gandum
• 1 sdk serbuk penaik
• secubit garam halus
• 1 sdk esen vanila
• 30 gm kismis..Ana cincang kasar
• Choc.Chips secukupnya..optional

Cara-cara :

• Ayak tepung bersama serbuk penaik & garam halus, ketepikan
• Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang.
• Masukkan telur satu per satu bersama esen vanila, putar sebati.
• Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik & garam tadi berselang seli dengan susu segar/cair, buat sampai habis.
• Kacau rata, kemudian tambahkan kismis, putar sekejap.
• Masukkan choc.chips, gaul guna senduk bagi rata.
• Sudukan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh.
• bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165'C selama 15-20 minit @ sehingga masak..bergantung kpd oven masing2..

**Untuk buat corak kat atas muffin tu, ambil sedikit adunan, campurkan dengan sedikit emulco coklat, gaul sebati sehingga rata, sudukan sedikit ke atas adunan muffin yang warna plain tu, ambik lidi/chopstick, pusing2 ikut suka le..ala2 marble gitu..Saya campurkan dengan sos cokelat aje..males mode punye pasal gegegege

**Bila dah masak, tutup suis oven, biarkan muffin anda di dalamnya, buka sedikit pintu oven, lebih kurang dah suam2 bolehla keluarkan, ini nak bagi muffin yang naik cantik, merundum secara tiba-tiba..

Tuesday, February 8, 2011

Mufin Lagi...yeaaa...


assalamualaikum...

pagi ni kami serapan ngan mufin..
mangun tido penin kepala nak masak ape...
kalu bule nak masak brekpes yg leh izzah bawak ke kindergarten..

mmm sebenanye mufin yogurt ni dah kali ke-2 buat..
arituh terlebih ireng kat atas, so dendiam masuk perut aje le..hihihi
kali ni alhamdulillah, menjadik gak walau x secantik resepi asal..
mmg bes la, leh buat byk-byk lagi lenlain kali..hehehe
time kasih muah2 kat kak izah daut..
smoga x jadi stop berblogging ye kak...
kesian kat saya yg masih memerlukan tunjuk-ajar ni...sob sob sob...

okehla sila layaaannn...

YOGURT MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
- sumber asal kak izah Muffin Lover

Bahan:
1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

Caranya:
1) Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula. Ketepikan.
2) Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3) Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin.
4) Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Nota: saya tukar vanila esen kepada esen oren..n bakar pada suhu 160 C aje, dlm 20 min..

Monday, January 3, 2011

Mari Memufin Lagi..


assalamualaikum..

hehe rajin plak makcik ni update blog ye..
tgk keadaan semasa n terkini la, kalu x bape bizi (sebenanye x bizi tapi kengkadang suke purak-purak bizi..haha) & ada citer baru saya update la..
kalu agak-agak masak x bape jadi tuh sonyaaappp aje la..hihihi...

ptg smalam buat projek muffin lagi..
ekceli mufin oren ni dah siaran ulangan ke-2..
arituh dah penah buat tp x dan nak snap gamba..sikit sangat kejap aje licin..hehe..
so smalam saya gandakan adunan, dapatla dlm 12 ketul..ngam-ngam skali bakar aje..hihi..
bes bes mufin ni, mmg bule buat siaran ulangan banyak-banyak kali la...:D
time kasih pada Kak Hana my sifu yg letak dlm blog dia ni..
mintak halal resepi ye kak..
nanti dah berjiran kat Msia senang saya berguru dgn akak..
x pon kalu susah sangat akak bukak aje pintu umah tuh, senang saya bertandang agak2 ada bau bes aje...hahaha..
gurau-gurau kak hana...jgn mareee...:P

MUFFIN OREN

- sumber asal Muffin Pandan by Kak Yani@MyResepi, n Kak Hana unt Muffin Oren ni..

Bahan-bahan
• 90g butter
• 70g gula halus
• 1 biji telur
• 40ml jus oren
• sedikit vanila esen
• 110g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil parutan kulit oren

Cara-cara
1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn jus oren sambil di kacau. (tepung-jus-tepung-jus-tepung)
4. Masukkan parutan kulit oren dan kacau sehingga sebati.
5. Isikan cup muffin. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
6. Sedap makan panas2!

Nota: unt resepi di atas, leh dpt dlm 7-8 ketul mufin aje, so sapa yg rakyatnye ramai leh double triplekan adunan ye..:D

muke pelanggan setia saya :P

Thursday, December 16, 2010

Projek Muffin Lagi..


assalamualaikum..

selamat ari khamis semua..
semoga ceria sokmo ye...(x cerie pon kene la purak-purak ceria kan..hihi)
smalam saya buat projek mufin lagi..
lama btul x memufin..hehe..
tgk blog kak seri, waahhh terliur saya..hehe
bahan-bahan pon senang, cuma kene ke Penny unt carik pitted prune..hehe
so hasilnye seperti gamba di atas..
asal menggunung tuh kira jadik la kan....hihih :P


MUFFIN PRUNE
-sumber asal dr Kak Rinnchan yang Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications dan di CnP dengan bangganye dr blog Kak Seri..tankiu kak, bes bes leh buat lagi :D

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar
60g butter, dicairkan
130g pitted prunes, dihiris kasar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min.

Nota: saya guna suhu 180 darjah cel dan bakar dlm 20 min aje..itupon dah agak-agak kuning sangat. lepas ni kene turunkan suhu lagi sket kot..huhu..yelah oben murah sob sob..

Friday, November 26, 2010

1st Time Mufin ku Menggunung..


assalamualaikum...

Guten Morgen (Slamat Pagi)..
smoga semuanya sihat-sihat di ari Jumaat nih..hehe

smalam saya buat mufin..
dah lama x buat..
tergoda ngan ros nye mufin la nih..hehe..
tak sangka mufin ku menggunung tinggi..
wah wah..seronok giler..
penambah smangat yg agak down baru-baru nih..hehe
pes time sebenanyer mufin saya naik menggunung..
before nih ala-ala aje..hahah
x pe la asalkan rasa okeh kan..:)

thanks to ros atas resepi mufin yg bes nih..
leh buat lagi lepas nih..:D

muka pelanggan setiaku..hehe



FLUFFY CHOCOLATE BANANA MUFFIN

sumber resepi: Ros

Bahan-bahannya
200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam
40gram serbuk koko
2 biji telur
beberapa titik esen vanila
*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*


Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Nota: smalam saya guna gula castor, hasilnya x bape manis..rasanye lepas nih saya kene guna gula pasir and kurangkan serbuk koko..:)

Tuesday, October 12, 2010

Choco Cheese Muffin


mm ada yg tanyer ke, kenapa sejak 2, 3 menjak nih saya upload resepi lak?
sebabnye....
saje nak kasik sumber rujukan kat adik saya yg di US tuh..
manalah tau tetibe nak masak2..mmg patutpon dia blaja memasak hehe..
balik Msia nanti saya ada assisten hahaha..(ke saya yg jadi assisten dia ekekek..)

ok la spt biasa saya punye rujukan sifu kak hana
dia pon C&P dari MyResepi..

bes2 mufin nih, gebu aje..rasa coklat + cream cheese..

Bahan-bahan
• 140gm choco chip
• 100gm cream cheese
• 80gm butter
• 2 biji telur size M
• 60gm gula
• 100gm tepung gandum
• 2sk baking powder

Cara-cara
1. Panaskan oven ke 180℃.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

Tuesday, August 24, 2010

Projek Blaja Memasak Tahap 3


wah wah sumer jgn jeles ek..
entri sejak 2 3 menjak nih asik pasal masak aje..hihi..

mm skarang saya baru je lepas abis bakar muffin..
sumber resepi spt biasa kak hana blogspot la..hehe tankiu kak hana..
sebenanye mufin saya nih 3rd trial..

1st saya buat mufin pisang..masa bakar naik wahhhh...:O
saya kagum giler2 kengkonon dah hebat la baru 1st time dah naik canteekk..
skali lepas sejukkan turun balik dah x naik2 dah..
menurut kata2 pakar - kak hana & ros, saya over mixed..
mana x nye saya bantai pakai mixer x hengat..
al maklumlah mixer baru beli, kengkonon nak tes la tuh..hihih

2nd trial saya buat mufin marble coklat + pisang..
blaja dr kesilapan, saya pon guna whisk aje..(baru beli gak tuh hihi..)
naik cantik..berdebar gak tunggu dia sejuk..
biter baiknye mufin tuh mmg kekal begitu..
wahhh kata saya...bangga lagi..haha
upenye bila makan dlm nye belobang..n mufinnye liat haha..
gagal lagi misi saya..huhu..

3rd trial nih saya nekad..
saya nak cuba resepi yg biasa2 aje..
dah insap la kengkonon..hihi..
saya buat Best Ever Mufin + bluberry..
alhamdulillah nampaknya mufin saya naik & x turun2 dah..
tgk lea pon makan selera aje..
saya & izzah pon dah agak2 kurus pahala pose nih..
mana x nye dr tadi dok cium2 bau nye harum semerbak..
arghhh bile nak berbuke nih...

kesimpulannya terima kasih kpd kedua2 pakar penasihat saya nih..
krn byk menolong saya yg sgt serba kekurangan dlm bab masak memasak nih..
terima kasih daun keladi..
lain kali saya kacau u all lagi..
especially bila masakan saya x menjadi..
keh keh keh..