Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Nak Makan BBQ Tapi Tak Rajin?

Assalamualaikum...

Izzati Frozen Food, satu permulaan baru untuk kami sefamili..
Khas untuk yang tercari-cari produk makanan beku yang halal dan semestinya sedap (ehem ehem) :P

Main fokus kami, Ayam dan Lamb BBQ siap perap

Lamb BBQ Izzati's Special
Nak tau apa specialnya? Kena la cuba hihihi :P


Lamb Chop Blackpepper Marinate


Ayam Bakar Resepi Istimewa (Half)


Ayam Bakar Berempah (2 whole leg dalam satu pek)



Kepak Ayam Madu


Ikan Bakar/Kukus Portugis



Sos marinate ni saya buat sendiri, berkat dari aktiviti favourite kami masa kat Germany dulu, BBQ laaaa apa lagi hihi..



Selain tu, kami ada import Sate Ayam dan Daging Pak Cu..
Sate ni kalau di kampung saya, mmg gelemer tau..
Honestly pada saya, ni sate tersedap penah saya rasa, tak payah kuah pon dah sedap hehe..



So skarang warga Kuantan dah tayah susah2 belek2 kat kedai bahan untuk perapan..
Tayah pening2 kepala nak carik sos ini itu, daun ini itu..
Kami perap, anda bakar.. Hehehhe

Oh ya, bagi yang nak buat aktiviti BBQ dengan famili, atau just nak simpan stok dalam peti ais, boleh order jugak ikut kuantiti yang anda nak..
Harga kompomlah lagi murah  sebab kami tak perlu includekan kos packaging kan hihihi..




mmmmm nak tau camne boleh datang idea nak buat bisnes frozen ni?

sebabnya simple je, kami nak tolong kawan2 untuk mudahkan urusan seharian..
Saya pernah bekerja makan gaji, saya mmg faham sangat dengan rutin ibu bekerjaya..
nasib baik en husben saya tak tuntut nak makan masakan saya hari2 dolu .. hehe
so dengan adanya bisnes frozen ni, kami harap dapat bantu kawan2 semua yang sibuk bekerja, tapi still nak sediakan masakan best untuk famili..
Jadi kawan2 lagi2 kaum ibu dan isteri tu, dapat jimatkan masa memasak, just sediakan nasik atau ada jugak yang goreng kentang untuk tambah2..
jadi masa selebihnya yang sangat limited tu boleh la digunakan untuk benda2 lain, cek kerja sekolah anak ke, tengok TV sama2 ke.. kaaann??
dan kami pon Muslim, so memang tak perlu bimbang la kan Halal ke tak, bersih ke tak..
InsyaAllah produk kami Halal, bersih dan sedap... hihihi

Then nak tau tak satu benda?


Hajat di hati resign keje untuk fokus pada famili, tak sangka ini plak jadinya hehe...
Tapi saya seronok dengan dunia baru ni, walaupun lebih penat dari bekerja makan gaji, namun rasa puas dapat sama2 ngan  anak2 dalam ruang kedai kecik ni hihi..
kat sinilah kami makan, main, tgk TV dan kadang2 gaduh jugak hahaha :P


Bagi warna Kuantan, jemputlah singgah di kedai kami..



Kami bukak Isnin - Jumaat, 2.30 petang - 8.30 mlm
Sabtu dari 10.00 pagi - 6.00 petang (tapi biasanya kami stay sampai malam)
Boleh like FB kami untuk lebih update, Izzati Frozen Food

Bagi yang dah cuba, komen anda kami sangat alu2kan.. bukan semata2 komen positif tapi kalau rasa terkurang garam ke, bagitau je..
Kami pon masih dlm tempoh adjust2 kan... so komen2 anda mmg sangat2 kami hargai..
dan kalau ada yang datang kedai, kalau sudi snap la gamba ngan kami.. hahahaha jgn maraaahhh

contohnya akak ni, dia malu so kasik tangan jeks..



ni plak kawan lama kenal di Germany, Kak Umi Pekan.. time kasih borong.. banyak dia beli sebab en husben dia nak outstation so dia dah beli siap2 stok makanan dia dan anak2 hihihi...



jadi...
jangan tunggu lagi ye, sudi2 kan datang jenguk kami...
insyaAllah kami dapat mudahkan proses masak memasak anda lepas ni..
anda heppi, suami heppi, anak-anak pon heppi... :D

Monday, March 31, 2014

Bahan Perapan BBQ Grill Lamb..

assalamualaikum...

antara resepi perapan Kambing panggang yang selalu saya buat..
actually tak de la ikut sebijik2 resepi, selalunya main masuk sesuka ati je.. hehehe
janji sedap dek tekak kan?

apapon tq pada pencipta resepi ni, Kellazule (maaf link umum ye). Saya copy paste dari blog Twinkle Twin :)

KAMBING PANGGANG MARINATE
- by Kellazule dan di share oleh Twinkle Twin


Untuk 4 keping daging kambing



Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
* 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri *saya hiris halia
1 sudu besar lada hitam *saya ganti sos lada hitam secukup rasa
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar *saya pakai serbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula *saya pakai gula merah
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
 2 – 3 sudu besar minyak zaitun
* Kashmir mango chutney secukupnya – beli kat Asia Markt


Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni saya x tumbuk sbb pakai serbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak zaitun 
 (bekas gorengan bawang putih tadi), jus limau, kicap dan sos tiram. *cara saya, campur je semua bahan di atas. Rasa, edjas ikut sedap tekak hehehe
3. Tumbuk dan Gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick atau pembakar elektrik

Thursday, September 5, 2013

BBQ Piknik - Perapan untuk Kambing BBQ / Lamb Grill..

assalamualaikum...

nak share bahan perapan untuk Kambing BBQ atau Lamb Grill..
sebabnya saya perhatikan, ada beberapa orang yang akan carik resepi BBQ ni di page saya dan entri BBQ tu merupakan Top 10 dalam banyak2 entri saya... time kasih pada yang sudi search :D



actually kalau duduk di obersea, BBQ ni mmg 'acara wajib' lagi2 time summer..
sbb time ni lah kitorang gather2 ngan sesama Msian lain..
anak2 pon bebas berlari ke sana sini.. macam bes je kan hihihi...

sebenarnya tak susah pon nak ber BBQ, dulu masa kat Msia rasa macam tak penah pon berhajat nak BBQ padahal keliling umah banyak je tanah..

terasa macam payah je nak carik bahan untuk perapan tu padahal skarang baru tau, simple2 je pon bahannya..hihihi

okeylah, untuk perapan kambing grill ni, saya pernah kongsikan di SINI dulu..
pakai resepi yang tu je sbb dah puas hati kan.. hehe..

ni time belum bakar..


time kasih pada pencipta resepi ni, tak tau samada Izanmann atau Diana Arshad punya..
saya save memula dulu kredit pada Izanmann tp bila carik balik dlm blognya, tak jumpa plak resepi ni.. huhuhu..
dan Diana Arshad tu pon tak jumpa linknya di pakcik gugel, cuma ada satu blog, Resipi Mcik PTD LTD (bukan blog Diana) yang kreditkan kepada beliau..
so mintak maaf awal2 kalau tersalah kredit ye..huuhuh

KAMBING / LAMB GRILL (BBQ)
- sumber asal Izannmann or Diana Arshad



Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
* saya tambah beberapa sudu besar sos lada hitam (dalam botol)
* saya tambah beberapa sudu besar Kashmir Mango Chutney brand Rajah 
* saya tambah daun rosemary kering untuk menaikkan bau

 

 Cara-caranya

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

Nota: bahan2 kat atas tu saya edjas2 jugak ikut kuantiti daging dan untuk sedap di tekak. dan biasanya saya perap minimum semalaman atau lebih untuk lebih mesra..




Tuesday, September 28, 2010

BBQ Piknik - Sos Perap Memerap



1) Perap Daging Kambing
- sumber dari http://izanmann.blogspot.com/

Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

daging yg dah diperap - lokasi dlm periuk


2) Perap Kepak Ayam Madu
- sumber dari http://izanmann.blogspot.com/

Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250 gram gula perang
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya

Cara-caranya
Atur kepak ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.

- huhu yg nih pon x sempat amek gamba..
- kalu nak buat drumstick pon bule..

3) Perap Drumstick BBQ
- sumber dari Minami133 MyResepi http://www.myresipi.com/top/detail/631

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
• 2.0kg ayam
• 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
• 5 ulas bawang putih
• 2 cm halia
• 2 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 batang serai
• 1 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil garam
• 1 cawan gula

Cara-cara
1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

- ayam yg dah diperap - lokasi dlm tupperware