Showing posts with label Belgium. Show all posts
Showing posts with label Belgium. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Masjid di Europe..

assalamualaikum...

entri ini ditulis untuk memberikan info berkenaan Rumah Allah yang sempat saya pergi masa berjalan2...
alhamdulillah, nak mencari Masjid di Europe ni tak sesusah mana. Kalau dlm German ni, banyak jugak, sebab ramai Muslim terutamanya orang2 Turki di sini..
cumanya kadang2 Masjid di Europe ni takde lah sebijik macam di Msia tu, kadang2 simple je dlm bangunan..
asalkan namanya Masjid, ok aje kan.. janji dapat iktikaf dan sunat Tahiyat Masjid di situ.. :)

1) Merkez Moschee, Duisburg, Germany
pes skali mestilah masjid di bandarku kan..hihihi...

Merkez Mosque ni di bawah seliaan Muslim Turki
kalau ikutkan sumber dari Wikipedia ni, masjid ni merupakan yang ke 4 terbesar di Germany dan boleh memuatkan maksimum 1200 orang pada satu2 masa..
tempat parking kereta yang luas dan lokasi masjid ni dekat dengan Autobahn (highway) tp jauh skit dr bandar Duisburg


cantik kan hiasan dalaman nya :)

 

Addressnya Warbruckstr. 51, 47169 Duisburg, Germany dan untuk lebih info, boleh klik websitenya di SINI (tp dalam bahasa german hehehe)


2) Ali Mosque, Duisburg, Germany
masjid yang en husben selalu pegi untuk Solat Jumaat (saya penah kongsikan di SINI). Masjid Morocco dan terletak di kawasan perumahan yang majoritinya Muslim di Hochfeld, Duisburg.

 

Addressnya Antonienstraße 29, 47053 Duisburg, Germany


3) The Cologne Central Mosque, Köln, Germany
masa kami pegi ni (Mac 2013), tak siap lagi (walau dr luar macam dah siap kan hehehe)..
agak jauh jugak dr public transport (masa tu kami naik tren / tram), nasib baik derang ada sediakan tempat solat sementara tp kena lalu tempat parking untuk masuk ke situ..
Masjid ni di bawah penyeliaan Muslim Turki dan kalau siap sepenuhnya, akan menjadi salah satu masjid yang terbesar di Europe :)


Addressnya Venloer Straße 164‎, 50823 Köln, Germany dan kalau pakai GPS koordinatnya
50°56′44″N 6°55′42″E
Boleh klik lebih lanjut di SINI

oh ya, di pusat bandar Frankfurt pon banyak masjid tau, dekat2 dengan Hbf (stesen utama pengangkutan awamnya). saya tak sharekan sbb tak tangkap gambar dan tempat solatnya biasanya simple2 aje (ada yang tak ada tempat solat untuk perempuan so kena tanya orang sekitar). kalau nak masjid yang besar di Frankfurt, boleh rujuk link di SINI ye :)

dan untuk list penuh Masjid2 di Germany (mengikut negeri), boleh klik di SINI jugak- sumber Wikipedia



4) The Great Mosque of Brussels, Belgium
Masjid tertua di Brussels, terletak di Cinquantenaire Park. Dibina pada tahun 1880 mengikut Arabic style.
Pada tahun 1967, King Baudouin (Belgian King), menghadiahkan Masjid ini kepada King Faisal ibn Abd al-Aziz, Arab Saudi semasa lawatan rasmi baginda ke Belgium.
Sekarang, selain digunakan untuk solat, masjid ini juga berperanan sebagai sekolah dan Islamic research centre :)

 

Addressnya Parc du Cinquantenaire 14, 1000 Bruxelles, Belgium dan koordinat GPS ialah 50°50′36″N 4°23′16″E


5) Mevlana Mosque, Rotterdam, Netherlands (Belanda)
Serve mainly untuk Muslim Turkish-Dutch. Dibina pada tahun 2001dan pernah di vote sebagai Rotterdam's most attractive building pada tahun 2006. Lokasi dekat dengan public transport dan tempat parking yang luas. saya pernah kongsikan di SINI dahulu :)



Addressnya Mevlanaplein 1, 3022 EP Rotterdam, Netherlands


6) AyaSofya Camii, Amsterdam, Netherlands
Kecik dan comel aje masjid ni. Rasanya penubuhannya lebih kepada untuk komuniti setempat (sbb dalam kawasan perumahan). Ada sebuah kedai barangan keperluan di sini. Sori, address tak jumpa plak kat Internet hehehe... tp jgn risau, di Amsterdam banyak masjid so boleh google mana yang terhampir dgn anda :) 


oh ya, untuk review tak professional saya berkenaan Masjid2 di Istanbul, Turki (sbb Turki ni dikira Europe jugak kan hehe), kengkawan boleh klik link di bawah ni ye :)
1) Masjid Fatih, Istanbul
2) Blue Mosque, Istanbul
3) Eyüb Mosque, Istanbul
4) Suleymaniye Mosque, Istanbul - tak dan nak nulis lagi hahaha :P
5) Zeyrek Mosque, Istanbul - masa tu tgh tutup sbb renovation huhuhu :(


semoga sedikit info ni dapat menolong bagi sesiapa yang memerlukan. tak berniat nak menunjuk or apa, cuma sebenarnya, dulu kami biasanya solat di hotel je kalau melancong, sbb ingatkan susah nak carik masjid. sayang kan? selepas nampak sorang kawan di FB sharekan gamba2 masjid yang dia dah pegi, barulah saya terdetik hati dan rasa menyesal pon ada..huhuhu.. so selepas tu, barulah saya gugel dan sedar rupanya banyak betul masjid di Europe ni, dan berusaha untuk spend sedikit masa kami untuk cuba carik rumah rumah Allah ni.. (penah carik Masjid di Strassbourg, France tp salah address huhuhu)...


Tuesday, April 16, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Brussels, Belgium..

assalamualaikum..

jgn marah tajuk bukan main the boom hehe..
mana tak meganya, bukan senang orang Jengka(mak saya) nak datang Jerman..hehe..
sampai skarang kadang2 still terasa macam mimpi je :)

Spt biasa, Catatan Dari Deutschland ni menjadi tourist agent tidak berdaftar dan percuma, bertugas memperomot tempat2 menarik di Europe...hihihi


Kisah Sehari di Brussels, Belgium

1) Atomium


- merupakan satu landmark bagi Brussels. Asalnya dibina pada tahun 1958, untuk World Fair of Brussels (Expo 58) dan tingginya 102 m (335 ft)
- Ia melambangkan democratic will untuk mengekalkan keamanan among all the nations, faith in progress, both technical & scientific dan akhirnya, merupakan satu visi optimis untuk masa depan yang moden, baru dan super technological world untuk kehidupan manusia yang lebih baik di masa hadapan
- 9 sfera bersalut stainless steel yang bersambung di antara satu sama lain, membentuk shape of a unit cell of an iron crystal magnified 165 billion times..power kan?
- boleh masuk ke dalam bulat2 ni, cuma ada bayaran masuk. kalau jenjalan bawah ni, free je :)
- sumber dari Wikipedia dan  Atomium Official Website 

 Atomium di waktu malam, sangat cantik. sumber dari Sini


2) Mini Europe


anda nak round satu Europe tapi takde masa (dan takde duit)? haaaa Mini Europe la jawapannya..hihihi


pakej sekali dengan Atomium sebab dekat2. parking dan boleh jalan kaki saje untuk ronda2 area ni :)
ada tiket combi dengan Atomium (kalau mahu) tapi kami harituh cuma ambik tiket single aje..
Dewasa €14.20, kanak2 €10.60 - bawah 1.2 meter, free
Sumber dari Mini Europe Official Website

 


Dari Big Ben, London


Eiffel Tower, Paris

Pisa, Itali

Berlin, Germany

Acropolis, Greece
 

sampailah ke Spanish Bullfighting Arena, Spain



mmg seronok betul, macam2 pose ahli rombongan kami ni...hehehe


ini plak pose takleh diselamatkan dah oleh izzah...ekekeke :P 

3) Grand Place / Grote Markt

- central square of Brussels, merupakan salah satu landmark terkenal di Brussels, Belgium.
- dikelilingi oleh guildhalls, Town Hall dan Breadhouse
- besarnya 68 x 110 meter ( 223 x 360 ft) dan merupakan UNESCO World Heritage Site (1998)
- dikenali dengan nama Grote Markt (Great Market) kerana berperanan sebagai Pasar sehingga tahun 1959
- sumber dari Wikipedia
 
 
dan sebagai penutup entri peromot Coti Coti Brussels ini, meh saya sajikan dengan 2 benda wajib rasa dan beli, Waffle Belgium dan souvenier...:)