Assalamualaikum,
Saya memang sangat suka buku.
Pergi ke kedai buku, lagilah saya suka.
Bau buku dan kedai buku,ibarat satu terapi.
Tapi sebab sekarang ni masih lagi dalam tempoh PKP, tak dapatlah ke kedai buku.
Buat belian secara online sahaja.
Sebenarnya, banyak koleksi tak habis baca lagi.
Tapi, keinginan nak tambah buku baharu tu sentiasa ada.
I guess, it is a good hobby or is it a habit?
Whatever it is, book makes me happy.
Dapat kurangkan 'sakit' ini pun dah memadai.
Showing posts with label JUST ME. Show all posts
Showing posts with label JUST ME. Show all posts
Wednesday, May 6, 2020
Monday, April 13, 2020
Karangan pertama di tahun 2020
Assalamualaikum,
Secara rasminya, ini merupakan karangan pertama di tahun 2020.
Lama sungguh tak kemaskini blog ni.
Sebenarnya, nak sangat menulis, tapi masa amat mencemburui.
Dengan masalah peribadi, anak-anak, bisnes dan lain-lain lagi.
Tapi, syukur Alhamdulillah. Hari ini 13 April, diberi kesempatan.
Ya, semua sedia maklum Malaysia sekarang berada di dalam fasa sukar.
Kini, semuanya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bermula 18 Mac yang lepas dan bakal bersambung sehingga 28 April dan mungkin juga akan disambung lagi.
Semua ini kerana wabak penyakit Covid-19.
Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua.
Saya percaya dan yakin yang semua ini ada hikmahnya.
Ini adalah masa untuk kita refleksi diri.
Buat apa yang dulu kita tak sempat buat, kerana ada masa terluang pada waktu ini.
Dan bulan Ramadan juga semakin hampir.
Perbanyakkan muhasabah diri selain dari amal ibadat.
Sedekah perlu setiap hari dan doa juga dipanjatkan sentiasa.
Eratkan hubungan sesama keluarga, walaupun terbatas dengan PKP, manfaatkanlah teknologi.
Kita sentiasa dekat di hati.
Terima kasih kepada semua yang pernah singgah di blog saya.
Saya akan terus menulis.
Setiap hari, in shaa Allah.

Friday, September 9, 2016
Tak sempat..
Assalamualaikum,
Minta maaf!! Minta ampun..
Dah lama sangat tak update..
Rindu..
In shaa Allah.. nanti update akan menyusul...
Doakan saya ye..
Minta maaf!! Minta ampun..
Dah lama sangat tak update..
Rindu..
In shaa Allah.. nanti update akan menyusul...
Doakan saya ye..
Tuesday, December 22, 2015
Saja nak tanya... APA KHABAR,SEMUA??
Assalamualaikum,
Rindunya kat semua orang!! (macam ramai sangat followers tu..haha)..
Dah lama tak mengarang dalam blog ni..
Nak sangat update tapi..biasalah.. masa tu mahal sangat..tak mampu nak beli walau 1gram seminggu untuk kongsi apa-apa cerita dengan anda semua..
(hari ni dapat update sebab balik lambat.. huhu)..
In shaa Allah... akan update juga nanti!
Azam 2016? haha.. tak pernah ada azam tapi tahun 2016 ni nak cuba buat satu..
till then,
love love..

Thursday, October 29, 2015
Dapat hadiah dari Yakult!
Assalamualaikum,
Dah banyak peraduan Yakult yang saya masuk.. tapi gambar hadiah ni je yg sempat ambil..hehe..
Terima kasih, Yakult. Saya memang peminat tegar Yakult.. sebab saya ni senang kena sembelit. Dan Yakult sangat membantu. Mesti ambil 2 botol sehari, in shaa Allah. Kalau Yakult tak ada dalam peti ais, memang gelabah sangat...hehe..
Raniya pun suka Yakult.. saya dah cuba bagi dia minum sikit..hehe.. dia suka sangat.
Lets drink yakult!
till then,
love love

Seminar Mudahnya Menyusu Pump On The Go
Assalamualaikum,
4 Oktober lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar penyusuan susu ibu. Hehe.. Raniya dah setahun baru nak pergi kelas.. takpe2.. untuk tambahakan ilmu.. banyak yang saya belajar.. menyesal tak pergi masa tengah mengandung dulu. Banyak sangat info.. rasa sedih pula bila ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang..
Kepada bakal-bakal ibu, eloklah sertai seminar ni.. tak lama pun..dari jam 9am-2pm je.. seronok sangat.. oh, bayarannya RM90..dapat free gift lagi..
Boleh ke website http://mudahnyamenyusu.gr8.com/ untuk maklumat lanjut..
till then,
love love!

Blog dah bersawang..
Assalamualaikum,
Penuhnya sawang kat blog ni.. tak larat nak buang.. hehe..
Sibuk benar sampai tak larat nak manjakan blog ni..
Oh ya, Aisyah Raniya selamat menginjak ke usia 1 tahun 18 Oktober lepas.. Alhamdulillah..
moga jadi anak solehah..aamiin..
Sekarang dah ada 6 batang gigi.. 4 atas, dua bawah.. masih belum boleh berjalan, baru cuba-cuba nak berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.. yg gigi atas tu, taring yang keluar dulu..hehe..lepas tu baru yang tengah.. semalam, pertama kali dia demam.. alhamdulillah, hari ni dah ok.. risau juga sebab ni pertama kali dia demam.. tak tau nak jangka apa-apa..
Macam-macam dah akal dia..selalu terhibur dengan gelagat dia..paling tak tahan..suka main air.. setiap kali lepas mandi, jenuhlah nak memujuk supaya keluar..
Banyak sebenarnya nak kongsi tapi rasa penat dan tak larat ni mengatasi..
Gambar dah beratus dalam telefon tak sempat nak dipindahkan ke laptop ni..
Tengoklah.. kalau kejap lagi datang sifat rajin tu..
Hehe..
Till then,
love love!
Thursday, October 2, 2014
Katalog IKEA 2015
Assalamualaikum,
Akhirnya sampai juga katalog yang dinanti-nanti di peti surat rumah saya semalam.. Hehe.. hari tu ada isi borang online di FB IKEA, dan mereka akan pos katalog ni ke rumah.. Terima kasih, IKEA..
Baru belek-belek beberapa muka surat.. rambang mata tapi apakan daya.. bajet makin ketat.. telan air liur sajalah..

Friday, September 19, 2014
'Ketagih' nak beli buku..
Assalamualaikum,
Hmm.. rasa dah lama tak borong buku.. teringin sangat nak pergi beli tapi asyik tak kesampaian.. (padahal dekat rumah ada lagi beberapa buah buku yang belum habis baca).. tangan dan kaki ni dah gatal sangat nak ke kedai buku.. Minggu lepas hampir terbeli buku secara atas talian... haha.. tapi terpaksa kawal nafsu sebab kekurangan bajet.. geram sangat tengok buku-buku baru di pasaran..
Help!!
till then,
love love..
Wednesday, July 2, 2014
Gas habis waktu sahur... huhu..
Assalamualaikum,
Sedih rasa pagi tadi.. dah panaskan minyak untuk goreng telur..tiba-tiba api padam...oh no! gas habis.. huarghhh... mana ada orang nak hantar gas pukul 4.45 pagi!! (kalau ada, tolong bagitau ye... haha).. kenapalah tak bagi warning malam tadi.. semalam masak macam ok je...tak ada pun tanda-tanda nak habis.. (ke saya yang tak perasan..entahlah...)..
Kempunan pulak rasa nak makan telur mata dengan kicap pagi tadi.. sudahnya makan roti je..
Nak makan apa untuk berbuka ni pun masih dalam dilema sebab tak beli gas lagi.. terfikir juga, ada ke orang nak hantar gas dekat-dekat waktu berbuka ni... huhu...
Oklah..sekian..
till then,
love love..
Wednesday, May 14, 2014
Syampu Safi Shayla (Segar Bermaya)
Assalamualaikum,
till then,
love love..
Saya baru saja bertukar syampu.. hehe.. Saja nak cuba mana tahu kesihatan rambut bertambah baik.. saya dah lama mengalami masalah rambut gugur tapi tak adalah 'extreme' sangat.. jadi, bila syampu baru ni muncul di pasaran, terdetik nak cuba..
Mula-mula memang plan nak beli yang khas untuk kawalan rambut gugur tapi tak ada stok (ramai kot yang alami masalah tu..).. jadi capailah yang ni..'segar bermaya'.. saya baru saja guna sekali.. not bad.. bau pun tak wangi semerbak sangat (bukan apa, kalau wangi sangat ni biasanya perfume je yang lebih kat dalam tu)..
Yang penting syampu ni buatan Malaysia dan ada logo halal.. dan juga memang khas untuk yang bertudung..
Kalau ada yang dah cuba syampu ni juga, silalah komen ye...
till then,
love love..
Tuesday, May 13, 2014
CPUV Nuffnang... Alhamdulillah...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah... Rasa bahagia bila nampak CPUV berderet (taklah banyak mana...tapi bolehlah kan...daripada tak ada...). Terima kasih Nuffnang...
Till then,
Love love
Alhamdulillah... Rasa bahagia bila nampak CPUV berderet (taklah banyak mana...tapi bolehlah kan...daripada tak ada...). Terima kasih Nuffnang...
Till then,
Love love
Tuesday, May 6, 2014
Alhamdulillah.. dapat juga apa yang dihajatkan..
Assalamualaikum,
Lama dah entry ni tertangguh.. biasalah..keadaan sedang tak menentu dengan kerja bertimbun sampai tak tahu nak buat yang mana dulu..
Hujung bulan lepas dapat juga beli susu kambing Nubian, nasib baik ada kat Tesco Shah Alam.. Alhamdulillah.. dan dapat juga kasut baru... yay! Terima kasih En Salleh...
| aaa..sedapnya susu kambing... |
| yay! |
till then,
love love
Thursday, April 24, 2014
Tuesday, April 8, 2014
Thursday, March 27, 2014
Kurang sihat..
Assalamualaikum,
Dah lama tak update blog ni dengan kadar yang serius.. sempat copy paste je.. Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni.. agak kurang sihat..ditambah dengan kerja yang berlambak..dengan pergi seminar pada hujung minggu...hmm..cabaran dan dugaan betul.. Harap-harap masih berkudrat..in sha Allah..
Kadang-kadang cemburu tengok blogger lain dapat CPUV yang berderet-deret.. Saya pernah dapat sekali je.. tu pun taklah banyak mana....walaupun kurang dari RM1... Alhamdulillah.. harap nanti dapatlah lagi...
Oklah.. tak tahu lagi nak taip apa..

Wednesday, March 12, 2014
Thursday, March 6, 2014
Bakal menjadi pelajar semula..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. surat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat PhD telah pun selamat diterima semalam.. maka secara rasmi saya akan bergelar pelajar semula.. Ya ALLAH.. permudahkanlah segala urusan..mohon agar diberi kesabaran dan ilmu yang bermanfaat.. amin..
credit to: PhD Comics
till then,
love love
Tuesday, December 10, 2013
Penawar..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga beli Al-Quran ni.. Sebelum ni beli untuk papa, yang ni hadiah untuk diri sendiri pula.. saya pilih warna merah.. Al-Quran ni memang saya beli untuk letak di tempat saya di makmal.. sebagai rujukan dan manalah tahu kalau sampai waktu-waktu yang stress atau buntu dan tak tahu nak pergi arah mana, Al-Quran ni ada untuk menjadi penawar, in sha Allah. Saya cadangkan anda beli juga Al-Quran ni untuk diletakkan di tempat kerja.. Harga RM35..Saiznya taklah terlalu besar.. ada panduan tajwid dan terjemahan sekali.. Kalau tak silap saya, ada 3 warna.. merah, biru dan hijau.. nak tengok yang warna hijau KLIK SINI
till then,
love love..
Tuesday, December 3, 2013
Mengharap vs Yakin
Assalamualaikum,
Siapa tahu perbezaan antara 'mengharap' dan 'yakin'?
Contoh: Saya berharap yang saya akan berjaya
: Saya yakin saya akan berjaya
Selalu kita dengar orang akan cakap, jangan terlalu berharap, nanti kecewa.. ada juga yang mengatakan, kita perlu yakin untuk dapatkan apa kita mahu..
Mungkin ada yang akan cakap, orang yang selalu berharap ni kurang berusaha berbanding orang yang yakin kerana keyakinan selalu disertai usaha.. hmm.. rasanya tak juga kan? Ada juga orang yang berharap yang berusaha..
Jadi, yang mana satu perlu betul-betul ada dalam jiwa kita?
Mari sama-sama kita fikir..
Sekian saja coretan 'merepek' saya untuk hari ini.. haha..

Subscribe to:
Posts (Atom)